Skim Bantuan Bulanan RM200 Hingga RM400 Zakat Kelantan. Ini Syarat & Cara Mohon

Rakyat Negeri Kelantan yang terdiri daripada golongan asnaf layak menerima zakat boleh membuat permohonan Skim Bantuan Bulanan sebanyak RM200 hingga RM400 yang akan dibayar setiap bulan

Pastikan anda membuat semakan kelayakan serta syarat khusus untuk membuat permohonan terlebih dahulu anda memohon untuk mendapatkan Skim Bantuan Bulanan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Semak kelayakan dan syarat khusus Skim Bantuan Bulanan MAIK seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Cara Daftar & Semakan eKasih: Portal Pembasmian Kemiskinan Untuk Bantuan Kerajaan

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BULANAN

Jumlah bayaran bagi Skim Bantuan Bulanan MAIK ialah:

  • RM200 atau RM400 sebulan

SYARAT AM PERMOHONAN SKIM BANTUAN BULANAN MAIK

Antara syarat am untuk permohonan Skim Bantuan Bulanan MAIK ialah:

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  • Beragama Islam.

SYARAT KHUSUS PERMOHONAN SKIM BANTUAN BULANAN MAIK

Antara syarat khusus untuk pemohonan pula ialah:

  • Bantuan diberi dalam bentuk wang tunai sebanyak RM400.00 atau RM200.00 sebulan.
  • Terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin
  • Pemohon hendaklah berumur 60 tahun ke atas kecuali tergolong dalam asnaf muallaf.
  • Pemohon bawah umur 60 tahun layak sekiranya pemohon tersebut sakit, uzur dan tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan.
  • Bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana badan @agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

CARA UNTUK MEMOHON

Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu:

  • Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan.
  • Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK.
  • Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Bantuan Bulanan MAIK, sila hubungi:

  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    Kompleks Islam Darul Naim, Lundang
    Jalan Sultan Yahya Petra,
    15200 Kota Bharu, Kelantan
  • Telefon: +609-7481512
  • Bebas Tol: 1-800-88-6060
  • Faks: +609-7485512
  • Emel: [email protected]
  • Portal Rasmi: www.e-maik.my
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.