Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Daftar SPS Lindung Rider Negeri Johor. Jom Daftar & Carum Sekarang!

1,382

Bekerja sendiri juga boleh membuat caruman SPS Lindung PERKESO sama seperti pekerja yang lain. Inisiatif ini telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 dan memberi manfaat kepada rider.

Untuk makluman juga tarikh kuatkusa caruman SPS Lindung PERKESO adalah bermula pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021. Mungkin ia juga akan dilanjutkan dari semasa ke semasa sekiranya disambut baik oleh rider.

Info selanjutnya mengenai pendaftaran SPS Lindung PERKESO Negeri Johor, dapatkan melalui artikel yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS DAFTAR SPS LINDUNG PERKESO RIDER JOHOR

Pendaftaran SPS Lindung PERKESO Rider Johor adalah salah satu usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Johor secara percuma.

Ianya disasarkan kepada Rider-rider makanan dan barangan di sekitar daerah Johor Bahru buat masa ini. Program ini bakal diperluaskan untuk memudahkan golongan rider membuat pendaftaran SPS Lindung PERKESO sepanjang tempoh perlaksanaannya.

INFO PENDAFTARAN SPS LINDUNG PERKESO RIDER JOHOR

Info untuk pendaftaran SPS Lindung PERKESO Rider Johor adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 14hb Mac 2021/ Ahad
  • Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
  • Tempat: Bawah blok F Rumah Pangsa Seri Orkid Taman Ehsan Jaya (berhadapan Surau Al-Hidayah)

GOLONGAN SASARAN PENDAFTARAN SPS LINDUNG PERKESO RIDER JOHOR

Golongan sasaran untuk pendaftaran SPS Lindung PERKESO Rider Johor adalah:

  • Rider makanan dan barangan yang menaiki motorsikal, basikal dan pejalan kaki.

Program Daftar SPS Lindung Rider Negeri Johor. Jom Daftar & Carum Sekarang!

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PENDAFTARAN  CARUMAN SPS LINDUNG

Jangan lupa untuk bawa bersama dokumen berikut untuk melengkapkan pendaftaran anda:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan.
  • Salinan lesen motorsikal.
  • Bagi yang berbasikal ataupun berjalan kaki, pekerja hendaklah mengemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang berkaitan.

Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 80% Gaji Bulanan

Rujuk: Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 100% Bantuan Kerajaan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
PERKESO Johor di:

  • 07 – 225 6600 / 6601
  • Faks: 07 – 223 3180 / 3190
  • Emel: [email protected]
  • Anati: 011-6102 9906
  • Rizal: 017-244 0356
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...