Usahawan Negeri Johor yang ingin membuka akaun syarikat dipelawa untuk mmebuat permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB).
Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM200 secara sekali bayar atau one-off dikreditkan ke akaun syarikat atau akaun semasa pemohon yang berjaya dalam permohonan.
Baca juga: RM1,000 Maksimum Bantuan Modal Menerusi MyKasih Kapital
TARIKH PERMOHONAN INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT
Isi Kandungan
Tarikh untuk memohon Insentif Pembukaan Akaun Syarikat adalah pada:
- 10 Mac 2021
INFO RINGKAS PERMOHONAN INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT RM200
Untuk pengetahuan anda, program ini adalah program jalinan kerjasama bersama institusi perbankan seperti berikut:
- Affin Islamic Bank
- Agro Bank
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
- Maybank
- MBSB Bank
- RHB Bank
Manfaat yang diperolehi adalah:
- Proses pembukaan akaun syarikat/semasa tanpa introducer.
- Pembukaan akaun syarikat/semasa dengan nilai deposit yang minima (tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank).
- Pemohon yang berjaya akan menerima insentif tunai berjumlah RM200 dari Kerajaan Negeri Johor.
SYARAT PERMOHONAN INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT RM200
Semak syarat permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan penduduk tetap negeri Johor atau telah bermaustatin di negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Permohonan dibuka kepada individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mejalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan beroperasi.
- Terbuka kepada syarikat dalam sektor Pembuatan dan Perkhidmatan. Keutamaan kepada usahawan PKS dalam kategori Mikro.
- Pemohon hanya layak untuk memohon satu permohonan sahaja dan menajdi keutamaan kepada pemohon yang tidak pernah memiliki akaun syarikat/semasa.
CARA MOHON INSENTIF PEMBUKAAN AKAUN SYARIKAT
Langkah-langkah permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat adalah:
- Klik link berikut: https://docs.google.com/forms
- Isikan maklumat yang diminta dengan betul dan selengkapnya.
- Klik NEXT dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Insentif Pembukaan Akaun Syarikat RM200 PUJB, sila dapatkan disaluran berikut:
- Facebook Perbadanan Usahawan Johor
- 07-510 2542
- Instagram PUJB
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.