Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM1,000 Maksimum Bantuan Modal Menerusi MyKasih Kapital

4,624

Sempena Hari Wanita Sedunia, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian bantuan untuk golongan yang terjejas termasuk bantuan modal untuk berniaga iaitu MyKasih Kapital.

Bantuan modal tersebut akan diberikan kepada sekurang-kurangnya 2,000 penerima yang berkelayakan sahaja.

Difahamkan juga insentif MyKasih Kapital memberi faedah kepada kaum wanita sebagai satu suntikan modal perniagaan yang ingin mereka ceburi.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH KAPITAL

Jumlah bantuan yang akan diperolehi kepada mereka yang layak adalah sebanyak:

  • RM1,000 maksimum

GOLONGAN SASARAN MYKASIH KAPITAL

Antara golongan sasaran yang akan menerima bantuan moadal RM1,000 MyKasih Kapital ialah:

  • Kaum wanita untuk memulakan perniagaan secara dropship atau e-dagang

SKUAD WAJA

Kerajaan juga akan menubuhkan Skuad WAJA yang dibentuk melalui penyertaan komuniti wanita yang akan:

  • Memberikan sokongan psikososial
  • Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah

Penubuhan skuad ini bagi menghentikan keganasan terhadap wanita, serta memperkasakan pengetahuan umum mengenai hak-hak wanita.

PEMERLUASAN KEMUDAHAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

Perdana Menteri juga menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia untuk:

  • Melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.
  • Menggalakkan ‘shared responsibility’ dan membolehkan wanita kekal dalam sektor pekerjaan serta meningkatkan produktiviti kerja.
  • Meminta kemudahan BDR ini dapat dipanjangkan kepada wanita atau lelaki yang kematian pasangan bagi membolehkan mereka menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kematian yang lazimnya memerlukan masa agak lama untuk diselesaikan.

Selain itu, Perdana Menteri urut menyambut baik cadangan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun supaya Model Pemerkasaan Wanita menjadi pemacu pembangunan wanita di negara ini.

Sebarang makluman dan cara memohon MyKasih Kapital akan dimaklumakan dari semasa ke semasa.
RM1,000 Maksimum Bantuan Modal Menerusi MyKasih Kapital

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...