Cara Semak Jadual Pembayaran Bulanan iSinar Tanpa Syarat & Pindaan Amaun

Tahukah anda, anda sudah boleh membuat semakan jadual pengeluaran iSinar tanpa syarat dan pindaan amaun yang telah dilakukan pada 8 Mac 2021 yang lalu.

Semakan permohonan pindaan amaun pula boleh dibuat pada 18 Mac 2021 dan seterusnya anda boleh ke laman rasmi iAkaun KWSP untuk membuat semakan jadual pengeluaran wang untuk melihat jumlah wang yang akan dimasukkan ke akaun anda.

Namun, anda semua tidak boleh membuat pindaan jadual seperti mana yang telah dinyatakan oleh pihak KWSP sebelum ini.

CARA MEMBUAT SEMAKAN JADUAL PEMBAYARAN iSINAR TANPA SYARAT & PINDAAN AMAUN

Untuk membuat semakan jadual pengeluaran iSinar tanpa syarat dan pindaan amaun adalah sangat mudah kerana ianya adalah melalui iAkaun KWSP anda sahaja.

Langkah-langkah untuk membuat semakan jadual pengeluaran iSinar adalah seperti berikut:

Cara Check Tarikh Bayaran iSinar Setiap Bulan Melalui iAkaun KWSP

  • Klik LOG MASUK.
  • Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
  • Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
  • Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
  • Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
  • Kemudian klik pada iSINAR.
  • Jadual pengeluaran wang iSinar akan dipaparkan kepada anda mengikut turutan termasuk pembayaran yang telah dilakukan sebelum ini.

Cara Semak Jadual Pengeluaran Bulanan iSinar Tanpa Syarat & Pindaan Amaun

Ianya sangat mudah dan anda tidak perlu lagi ke kaunter atau menelefon pihak KWSP untuk mendapatkan info jadual pembayaran kerana KWSP telah menjelaskannya di iAkaun sehingga bulan ke enam pembayaran wang ke akaun anda.

PERMOHONAN iSINAR TANPA SYARAT SEHINGGA 30 JUN 2021

Anda yang belum lagi membuat permohonan pengeluaran iSinar Tanpa Syarat boleh membuat permohonan sehingga 30 Jun 2021.

Cara membuat permohonan adalah seperti berikut:

Status Permohonan iSinar Selepas 25 Februari Tidak Berjaya. Mohon Semula Mulai 8 Mac 2021

Bagi anda yang status permohonan sebelum ini tidak berjaya juga boleh memohon dengan cara yang sama seperti yang dikongsikan di atas.

Rujuk: Status Permohonan iSinar Selepas 25 Februari ‘Tidak Berjaya’. Mohon Semula Mulai 8 Mac 2021

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran wang iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.