Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Status Permohonan iSinar Selepas 25 Februari ‘Tidak Berjaya’. Mohon Semula Mulai 8 Mac 2021

1,631

Setelah KWSP mengumumkan bahawa syarat permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 dimansuhkan, orang ramai yang telah membuat permohonan menarik nafas lega dan akhirnya 2 Mac yang lalu, sudah ramai pemohon telah menerima wang ke dalam akaun bank masing-masing.

Pembayaran wang telah dilakukan secara berperingkat bermula 2 Mac dan para pemohon boleh membuat semakan status bayaran melalui Portal iSinar KWSP sahaja.

Rujuk: iSinar Kategori 2 Mulai Dibayar 2 Mac 2021. Semak Tarikh Bayaran Anda Sekarang

Malahan, untuk membantu proses bayaran iSinar tanpa syarat berjalan dengan lancar dan dibayar dengan segera kepada pemohon, pembayaran iLestari dan iSinar Kategori 1 bagi bulan 3 juga telah diawalkan pada hujung Februari 2021.

PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2 STATUS ‘TIDAK BERJAYA’

Bagi mereka yang membuat permohonan iSinar Kategori 2 sebelum 25 Februari 2021 dan mendapati status permohonan anda adalah tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan semula.

TARIKH PERMOHONAN SEMULA iSINAR STATUS ‘TIDAK BERJAYA’

Tarikh untuk membuat permohonan semula iSinar Tanpa Syarat bermula pada:

  • 8 Mac 2021 berdasarkan kelayakan*.
Nota: * i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

PENAMBAHBAIKAN iSINAR TANPA SYARAT

Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:

  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

Bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pemprosesan permohonan dan pembayaran i-Sinar, Ahli KWSP amat digalakkan untuk memohon bermula 8 Mac 2021.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN iSINAR BAGI STATUS ‘TIDAK BERJAYA’

Untuk membuat permohonan status ‘Tidak Berjaya’ masih sama dengan yang lama. Cuma anda tidak perlu lagi mengemukakan sebarang dokumen seperti mana permohonan Kategori 2.

Caranya ialah:

Status Permohonan iSinar Selepas 25 Februari Tidak Berjaya. Mohon Semula Mulai 8 Mac 2021

Rujuk: iSinar Boleh Dipohon Tanpa iAkaun. Lebih Mudah & Cepat

TARIKH AKHIR MOHON iSINAR

Anda boleh memohon iSinar sehingga:

  • 30 Jun 2021

Rujuk: Permohonan iSinar Tamat Pada 30 Jun 2021. Rancang Permohonan Anda

Permohonan iSinar Tamat Pada 30 Jun 2021. Rancang Permohonan Anda

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan semula i-Sinar KWSP status ‘TIDAK BERJAYA’ sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...