Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

iSinar Kategori 2 Mulai Dibayar 2 Mac 2021. Semak Tarikh Bayaran Anda Sekarang

2,104

Yang ditunggu telah tiba. Akhirnya pemohon iSinar bagi Kategori 2 sudah boleh membuat semakan tarikh bayaran dan ada segelintir yang telah menerima wang bayaran iSinar bermula 2 Mac 2021.

Namun diingatkan kepada semua pemohon bahawa bayaran yang dikreditkan kepada pemohon adalah secara berperingkat susulan pemansuhan kriteria pada bulan Februari lepas.

Untuk memastikan pemohon iSinar Kategori 2 mendapat bayaran secepat mungkin, pembayaran iSinar dan iLestari bagi bulan Mac diawalkan pada penghujung bulan Februari lepas.

Rujuk: Pembayaran iSinar & iLestari Bulan Mac Diawalkan Bermula 22 Februari Ini

TARIKH BAYARAN iSINAR KATEGORI 2

Berikutan pemansuhan kriteria kemudahan i-Sinar pada bulan Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula:

  • 2 Mac 2021

KELONGGARAN MEMBUAT PINDAAN

Untuk pengetahuan juga, semua hali yang membuat permohonan boleh membuat pindaan pada butiran permohonan seperti berikut:

  • Jumlah dipohon
  • Maklumat bank
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Mod bayaran

JUMLAH PENGELUARAN iSINAR KATEGORI

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iaitu:

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

CONTOH SITUASI

iSinar Kategori 2 Mulai Dibayar 2 Mac 2021. Semak Tarikh Bayaran Anda Sekarang

CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH BAYARAN iSINAR KATEGORI 2

Untuk membuat semakan tarikh bayaran permohonan Kategori 2, anda boleh membuat semakan di Portal iSinar seperti berikut:

  • Klik pautan ini: https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, NOMBOR TELEFON dan tandakan √ pada kotak SAYA BUKAN ROBOT.
  • Akhir sekali klik SEMAK STATUS.
  • Status permohonan anda akan dipaparkan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi:

  • Hotline khas i-Sinar: 03 – 8922 4848.
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-8922 6000
  • Laman web: www.kwsp.gov.my
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...