Bantuan Kewangan Sehingga RM3,600 Untuk Kemasukan Ke Kolej Komuniti Ledang Sebelum 31 Mac 2021

Pelajar lepasan SPM yang ingin mengikuti pengajian di Kolej Komunti pastinya sudah tahu mengapa kolej ini menjadi pilihan mereka.

Untuk pengetahuan anda juga, Kolej Komuniti adalah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditadbir urus oleh Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.

Sehubungan itu, Kolej Komuniti Ledang telah membuka tawaran pendaftaran dan keamsukan bagi bulan Mac 2021 kepada lepasan SPM untuk mendaftar dengan segera sebelum 31 Mac ini.

Baca juga: Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 MAIDAM Percuma & Elaun RM150 Sebulan

TARIKH PENDAFTARAN KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Tarikh pendaftaran kemasukan bulan Mac 2021 ke Kolej Komuniti Ledang adalah:

  • Bermula sekarang sehingga 31 Mac 2021

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN

Anda yang berjaya mendaftar dan diterima masuk akan menerima bantuan kewangan sebanyak:

  • RM3,600 sepanjang tempoh pengajian

YURAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Yuran pengajian yang dikenakan pula adalah sebanyak:

  • RM200/semester

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Program yang ditawarkan adalah diperingkat sijil dan program yang ditawarkan ialah:

  • Pastri
  • Servis kenderaan ringan
  • Pengoperasian perniagaan
  • Teknologi penyejukan dan penyamanan udara

TEMPOH PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Tempoh pengajian adalah seperti berikut:

  • 4 semester (2 tahun) iaitu 3 semester di kampus + 1 semester latihan industri dengan pilihan pelajar)

SYARAT KEMASUKAN KE KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Syarat untuk kemasukan ke Kolej Komuniti ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM/SPMV/Setara
  • Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah

CARA MOHON KEMASUKAN KE KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Untuk memohon kemasukan ke Kolej Komuniti Ledang, anda boleh klik ini dan terus buat pendaftaran:

Bantuan Kewangan Sehingga RM3,600 Untuk Kemasukan Ke Kolej Komuniti Ledang Sebelum 31 Mac 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumt lanjut dan pertanyaan memgenai pendaftaran kemasukan ke Kolej Komuniti Ledang, sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.