Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dan Yayasan Hijrah Selangor bakal menganjurkan satu kursus khas buat usahawan Hijrah Selangor pada 4 April 2021 dan ianya adalah PERCUMA sahaja tanpa sebarang bayaran.
Sebelum itu, Yayasan Hijrah Selangor juga mengadakan Kursus KICKSTART untuk para usahawan yang ingin memulakan perniagaan tetapi ketandusan idea untuk memasarkan produk masing-masing.
Rujuk: Cara Mohon Kursus KICKSTART Yayasan Hijrah Selangor. Percuma & Tiada Bayaran Dikenakan
Dapatkan cara untuk sertai Kursus Recharge Jenama dan Marketing Perniagaan Yayasan Hijrah Selangor seperti yang dikongsikan ini.
INFO KURSUS RECHARGE JENAMA & MARKETING PERNIAGAAN
Isi Kandungan
Berikut adalah info ringkas Kursus Recharge Jenama & Marketing Perniagaan yang perlu anda tahu:
- Tarikh: 04 April 2021/Sabtu
- Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 Petang
- Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
GOLONGAN SASARAN KURSUS RECHARGE JENAMA & MARKETING PERNIAGAAN
Golongan sasaran untuk mengikuti Kursus Recharge Jenama & Marketing Perniagaan adalah:
- Usahawan Hijrah Selangor
- Usahawan yang telah berniaga
- Usahawan pelbagai jenis perniagaan
- Usahawan yang terjejas
CARA MOHON KURSUS RECHARGE JENAMA & MARKETING PERNIAGAAN
Usahawan Hijrah Selangor boleh membuat permohonan untuk mengikuti Kursus Recharge Jenama & Marketing Perniagaan seperti berikut:
- Isikan maklumat anda.
- Pastikan emel anda adalah betul dan aktif.
- Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
ATAU
Buat imbasan QR Code pada poster di bawah untuk permohonan mengikuti kursus.
Baca juga: Cara Mohon Kursus Usahawan Produk Madu Kelulut Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus Kursus Recharge Jenama & Marketing Perniagaan di:
- Puan Sha: 012-672 3713
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.