Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perlu Ke Gerakkan Tangan & Anggota Badan Yang Lain Ketika Temuduga? Ini 9 Tips Penting Mengenai Bahasa Badan Anda Perlu Tahu

2,492

Bahasa badan sangat penting untuk menyampaikan sesuatu agar perkara yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pendengar.

Ia memberi pelbagai makna dan kefahaman apabila disertakan bersama dengan bahasa badan yang betul.

Tetapi, adakah perlu untuk gerakkan tangan dan anggota badan yang lain ketika temuduga dijalankan?

APA ITU BAHASA BADAN (BODY LANGUAGE)?

Bahasa badan adalah bahasa isyarat, ekspresi wajah dan postur badan.

Ia biasanya berlaku tanpa kita sedar dan ada kalanya sehingga tidak terkawal dan tidak sesuai dengan keadaan ketika itu.

Tetapi bahasa badan ini sebenarnya banyak membantu sesorang untuk menyampaikan sesuatu maklumat sehingga ia tercapai maksud yang diinginkan. Namun harus ingat, jangan sampai berlebihan pula menggunakan bahasa badan terutama ketika temuduga anda.

Bahasa badan yang sering digunakan dalam hidup seharian kita adalah:

  1. Ekspresi muka
  2. Mata
  3. Mulut
  4. Gerak isyarat (Tangan)
  5. Lengan dan kaki
  6. Jarak ketika bercakap

Jadi, persoalannya disini, perlu ke gerakkan tangan dan tubuh badan yang lain ketika temuduga dijalankan?

Kita rungkaikan 9 tips penting bahasa badan ketika temuduga sama ada tangan dan tubuh badan yang lain boleh digerakkan ketika temuduga dijalankan.

Baca juga: Perlu Ke Beritahu Panel Jika Ada Akademik Lebih Tinggi Daripada Jawatan Yang Dimohon?

9 TIPS PENTING GUNA BAHASA BADAN KETIKA TEMUDUGA

Terdapat 9 tips penting untuk guna bahasa badan ketika temuduga dan persoalan mengenai boleh gerak tangan atau tubuh badan ketika temuduga akan dijawab dalam tips ini.

Apakah 9 tips tersebut?

1. TINGKAH LAKU SEMASA BERADA DI TEMPAT TEMUDUGA

  • Ketika anda berada di tempat temuduga tidak kira secara bersemuka atau secara online, segala perlakuan anda sentiasa diperhatikan.
  • Anda digalakkan untuk menegur sesiapa sahaja yang berada diperkarangan pejabat/bilik mesyuarat secara lisan atau menggunakan bahasa badan.
  • Contohnya: “Selamat pagi Puan/Tuan/Encik” ” Hai, selamat pagi” atau dengan menggunakan bahasa badan seperti tangan kanan bahu atau di dada kiri, pandang, angguk, senyum dan sapa. Sedikit tunduk sebagai tanda menghormati orang sekeliling.
  • Jangan menyendiri dan jangan sampai tidak menghiraukan orang disekeliling.
  • Jika temuduga secara online, mulakan menyapa panel, beri salam dan ukirkan senyuman.

2. POSTUR BADAN YANG MANTAP

  • Duduk dengan selesa dan pastikan kerusi tersebut berada dalam keadaan yang baik. Ia bertujuan agar anda tidak bergerak-gerak untuk membetulkan badan anda sepanjang temuduga dijalankan seterusnya menunjukkan ketidakselesaan anda.
  • Pastikan kaki anda selari dengan bahu. Kaki jangan terkepit bagi calon lelaki dan jangan terlampau terbuka. Tapak kaki menuju ke depan sedikit dan tangan diatas peha. Pandang arah pengerusi dan panel yang lain.
  • Duduk dengan tenang dan buat pergerakan dengan sedikit sahaja. Kurangkan membuat pergerakan.
  • Jangan sesekali menyilang kaki dihadapan panel temuduga. Ia kelihatan tidak sopan.

3. BERI SALAM

  • Beri salam kepada panel temuduga dengan cara yang sopan. Letak tangan kanan di bahu kiri dan beri salam atau ucap terima kasih kepada panel. Amalkan perkara ini juga sekiranya ada panel bukan muhrim menghulurkan tangan untuk bersalam dengan anda.
  • Jangan terlalu membongkok ketika memberi salam.

4. PANDANG MATA

  • Jangan terlalu pandang mata panel temuduga terlalu lama.
  • Ia menyebabkan panel berasa takut dan memikirkan bahawa anda mungkin mempunyai masalah yang agak berat ketika temuduga dijalankan.
  • Pandang sekali sekala dibahagian muka dan jangan merenung mata panel temuduga.
  • Fokus ketika panel bercakap dan jangan pula anda memandang dingin, siling sambil mengelap mata, main hidung dan sebagainya.

5. GERAKKAN TANGAN

  • Gerakkan tangan anda ketika perlu sahaja.
  • Contohnya seperti ingin menyatakan sesuatu yang menggunakan nombor seperti, “Pertama sekali saya bersekolah rendah di……….Kemudian saya bersekolah menengah di…..”
  • Hadkan pergerakan tangan anda. Ikut intonasi atau penyampaian topik yang bersesuaian.
  • Tangan pula jangan terlalu tinggi sehingga menutup wajah anda. Sebaiknya adalah paras bahu ke bawah sahaja.

6. EKSPRESI WAJAH

  • Kawal ekspresi wajah anda ketika bercakap dengan panel temuduga.
  • Sudah pastinya ekspresi wajah anda berubah ketika memulakan percakapan. Ia adalah berdasarkan soalan atau isu yang diutarakan oleh panel temuduga.
  • Jadi, kawal ekspresi wajah anda sebaik mungkin walaupun dalam hati anda ada rasa marah, sedih, tidak puas hati dan sebagainya.
  • Jangan garu telinga, gosok kepala, pegang hidung, menggigit bibir, tarik nafas guna mulut, menjelirkan lidah atau kurangkan melatah jika ada.

7. JADI CERMIN

  • Jika panel bercakap, fokus. Padankan dengan diri anda. Jika panel bercakap dengan seronok dan semangat, anda juga perlu melakukan dengan perkara yang sama.
  • Ia menunjukkan anda fokus,minat, beria, semangat dan meyakinkan pihak panel.

8. ANGGUK 

  • Angguk kepala apabila panel memberi hujahan tanda setuju dengan pernyataan daripada panel.
  • Angguk kepala hanyalah setelah panel selesai memberu hujahan disertai kata-kata berikut, “Ya Tuan/Puan. Betul Tuan/Puan”.
  • Lakukannya sekali dan jangan dibuat berulang kali sehingga mengganggu percakapan panel.
  • Ini menunjukkan anda fokus dengan apa yang diucapkan oleh panel.

9. LATIHAN SIMULASI

  • Buat latihan dihadapan cermin atau bersama dengan rakan-rakan anda.
  • Digalakkan untuk membuat latihan dari mula masuk, beri salam dan sehingga selesai.
  • Gunakan soalan-soalan perkenalkan diri, isu semasa dan sehingga apa-apa soalan yang ingin dikemukakan.
  • Semasa latihan ini juga anda boleh mencuba keberkesanan gajet anda, talian internet dan buat rakaman. Tengok semula video untuk penambahbaikan.

Jadi, boleh atau tidak anda gerakkan tangan dan tubuh badan ketika temuduga dijalankan?

Semoga anda semua berjaya! Bagi yang gagal, cuba lagi dan upgrade diri anda dengan lebih baik dan ikuti tips yang dikongsikan disini.

Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...