Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perlu Ke Beritahu Panel Jika Ada Akademik Lebih Tinggi Daripada Jawatan Yang Dimohon?

2,026

Sekarang ini pencari kerja sudah ramai yang menggunakan sijil akademik yang lebih rendah daripada sijil akademik yang tertinggi untuk memohon pekerjaan.

Ini adalah kerana ia memudahkan pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan walaupun gred gaji lebih rendah daripada sijil akademik tertinggi yang mereka perolehi. Asalkan masing-masing mempunyai pekerjaan daripada terus menganggur.

Tetapi sekiranya panel penemuduga bertanyakan mengenai sijil akademik tertinggi yang anda perolehi, apa yang perlu dijawab dan bagaimana nak jawab?

PERLU ATAU TIDAK BERITAHU PANEL TEMUDUGA JIKA CALON ADA SIJIL AKADEMIK LEBIH TINGGI?

Pastinya calon temuduga tertanya-tanya sama ada mereka perlu letakkan pencapaian akademik mereka yang tertinggi di dalam resume atau memberitahu kepada panel temuduga semasa interview dijalankan.

Contohnya, memohon jawatan yang memerlukan sijil SPM sedangkan calon mempunyai Diploma dalam bidang tertentu.

Jawapannya ialah, sebaiknya anda perlu meletakkan ia di dalam resume atau menyatakannya sahaja kepada penemuduga dan sila ikuti 5 tips untuk beritahu kepada panel temuduga seperti yang dikongsikan ini.

5 TIPS BERITAHU PANEL TEMUDUGA JIKA CALON ADA SIJIL AKADEMIK LEBIH TINGGI

Bukan perkara yang senang ya untuk beritahu kepada panel temuduga jika anda mempunyai sijil akademik yang lebih tinggi daripada jawatan yang dipohon.

Terdapat 5 tips yang boleh anda aplikasikan sekiranya ingin beritahu kepada panel temuduga sekiranya mempunyai sijil akademik lebih tinggi daripada jawatan yang dipohon.

5 tips tersebut ialah:

SEBAB ANDA MOHON JAWATAN TERSEBUT

  • Anda perlu sediakan beberapa jawapan yang sesuai mengapa anda memohon jawatan yang memerlukan tahap akademik yang lebih rendah.
  • Adakah kerana ia susah untuk dapatkan jawatan yang sesuai dengan tahap akademik anda?
  • Berikan jawapan yang profesional dan bersesuaian seperti anda mempunyai kemahiran yang diperlukan, kelayakan yang tepat dengan jawatan yang dipohon dan nyatakan kelebihan serta pengalaman bekerja anda.

TUNJUKKAN MINAT PADA JAWATAN YANG DIPOHON

  • Seterusnya, tunjukkan minat anda pada jawatan yang dipohon.
  • Contohnya dengan menyatakan bahawa anda pernah memohon jawatan ini melalui SPA9 sebelum ini dengan menggunakan sijil akademik yang diperlukan. Tetapi tidak mempunyai rezeki dan seterusnya dalam masa yang sama anda melanjutkan pelajaran sehingga ijazah. Tetapi anda masih lagi berminat untuk memohon jawatan tersebut walaupun mempunyai ijazah.
  • Jadi, panel temuduga akan dapat melihat bahawa anda sangat berminat dengan jawatan yang dipohon walaupun anda mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi dari jawatan yang dipohon.

PERLUKAH ANDA BERITAHU?

  • Sebenarnya ia terpulang kepada anda. Tetapi anda digalakkan untuk menyatakan hal yang sebenar.
  • Lebih baik jujur kerana kejujuran menyebabkan penemuduga akan meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anda.
  • Selain itu, pihak SPA boleh membuat semakan keputusan akademik anda secara silang dengan jabatan yang berkaitan.
  • Ingat, jangan sembunyikan maklumat dan berikan alasan yang meyakinkan panel temuduga ya!

POLISI SEMASA – 1 STEP LOWER

  • Anda digalakkan untuk memohon jawatan di SPA9 mengikut kelayakan akademik anda.
  • Jika mempunyai ijazah, anda boleh memohon jawatan mengikut kelayakan akademik diploma dan tidak digalakkan untuk memohon jawatan yang memerlukan kelayakan akademik SPM. Kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak oleh sistem SPA.

APA AKAN TERJADI?

  • Mesti anda memikirkan sekiranya beritahu kepada panel, apa yang akan terjadi, bukan?
  • Jangan risau, panel temuduga tidak akan gagalkan anda dengan mudah sekiranya anda berlaku jujur dalam hal ini.
  • Yakin panel bahawa anda layak untuk memegang jawatan yang dipohon dan nyatakan kelebihan anda.
  • Nyatakan juga anda boleh lakukan tugas yang diberikan walaupun kelayakan akademik yang diperlukan lebih rendah dan anda tidak mengamalkan sikap ego ketika melakukan tugasan.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan beberapa tips untuk menjawab soalan yang sukar tanpa menyebut “TAK TAHU”. Untuk dapatkan tips tersebut, rujuk sahaja pautan berikut:

Perlu Ke Beritahu Panel Jika Ada Akademik Lebih Tinggi Daripada Jawatan Yang Dimohon?

Semoga tips dan perkongsian ini dapat membantu anda serta menjawab persoalan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...