Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

TASKA Telah Dibuka! Ini Syarat-Syarat Pengoperasian TASKA Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

745

Apabila sesi persekolahan dibuka, ibu bapa atau penjaga yang paling risau kerana memikirkan keselamatan anak-anak ketika pembelajaran dilakukan.

Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke TASKA, jangan risau kerana pemilik TASKA perlu mematuhi syarat pengoperasian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Apakah syarat-syarat yang ditetapkan? Semak sini dan ibu bapa boleh jadikan rujukan sebelum menghantar anak-anak ke TASKA.

TARIKH BUKA SEKOLAH

Mungkin ibu bapa sudah maklum bahawa sesi persekolahan telah bermula pada 3 Oktober 2021 mengikut Fasa PPN.

Pembukaan sekolah juga akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut Fasa PPN setiap negeri seperti berikut:

FASA 1

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja

FASA 2

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
    Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah

FASA 3

  • Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko

FASA 4

  • Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.

TASKA Telah Dibuka! Ini Syarat-Syarat Pengoperasian TASKA Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

SYARAT-SYARAT PENGOPERASIAN TASKA

Apa pula syarat-syarat pengoperasian TASKA yang perlu dipatuhi oleh pengusaha TASKA?

Ini syarat-syaratnya yang anda semua perlu tahu:

  • TASKA/Pusat Jagaan Harian hendaklah sah tempoh pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Sentiasa mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Penduan Pencegahan Penularan Covid-19 Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Keselamatan Warga Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Sektor Penjagaan Sosial yang dikeluarkan oleh KPWKM.
  • Mendapat kebenaran beroperasi daripada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
  • Memastikan pengusaha, guru dan kaktangan TASKA telah mendapat vaksin lengkap.

Jadi, ibu bapa atau penjaga tidak perlu risau lagi dengan tahap keselamatan anak-anak yang akan dihantar ke TASKA yang berdekatan.

Sudah pastinya pengusaha dan tenaga pengajar mematuhi setiap syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebelum memulakan operasi.

TASKA Telah Dibuka! Ini Syarat-Syarat Pengoperasian TASKA Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Baca juga: [Kemaskini] Pergerakan Harian Ke Sekolah/Institusi Pendidikan & Kemasukan Pelajar Ke Asrama Melibatkan Rentas Negeri

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...