Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

Usahawan yang baru mula berniaga pastinya ingn mengasingkan wang perniagaan dengan wang kegunaan peribadi. Tetapi kebanyakan bank mahukan anda memberikan salinan sijil perakuan perniagaan atau SSM sebelum dapat membuka akaun semasa bank untuk perniagaan anda.

Tetapi, jangan risau! Pihak Maybank telah memudahkan urusan anda dengan mempelawa anda untuk membuka akaun bank semasa bagi perniagaan anda tanpa mengemukakan salinan sijil perakuan perniagaan SSM secara online sahaja.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan juga telah mengumumkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara percuma kepada Belia B40, Ibu tunggal dan kepada pelajar.

Rujuk: Cara Daftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Percuma Untuk Belia B40, Ibu Tunggal & Pelajar

CARA MEMBUKA AKAUN SEMASA PERNIAGAAN MAYBANK TANPA SSM

Untuk membuka akuan semasa perniagaan di Maybank tanpa mempunyai sijil perakuan perniagaan SSM, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

  • Klik APPLY ONLINE
  • Seterusnya klik pada Maybank2u Premier Akaun semasa

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

  • Klik NEXT dan isi maklumat yang diperlukan.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

  • Permohonan anda telah siap dan nombor akaun semasa untuk perniagaan anda akan dipaparkan seperti contoh dibawah.

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Dengan Deposit RM500 Tanpa SSM

Nota: Anda perlu membayar RM500 sebagai deposit untuk membuka akaun semasa perniagaan. Wang deposit RM500 dapat dikeluarkan semula setelah akaun anda berjaya diproses.

VIDEO TUTORIAL BUKA AKAUN SEMASA PERNIAGAAN MAYBANK TANPA SSM

@buna.salleh

Lepas ni dah boleh asing modal dan untung! #buwatjetiktok #fyp #tiktokmalaysia #foryou #businesstips

♬ LOTUS FLOWER BOMB x YRN – Michael Napiza

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.