Jana Pendapatan Melalui Tanaman Fertigasi ACID Melalui Program Agri-Coaching And Industry Development Melaka

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) negeri Melaka mengajak belia yang berada ni negara Melaka untuk menceburi bidang pertanian melalui teknologi fertigasi.

Melalui Program Agri-Coaching And Industry Development ini juga, anda yang menyertai program ini akan dibimbing selama setahun oleh usahawan fertigasi yang berjaya.

Jangan tunggu lagi dan cepat buat permohonan untuk menyertai Program Agri-Coaching And Industry Development (ACID) negeri Melaka dengan segera.

INFO RINGKAS INSKEN

INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Selaras dengan tagline “Memperkasa Usahawan Hari Esok”, INSKEN memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.

APA ITU ACID?

Jana Pendapatan Melalui Tanaman Feritgasi ACID Melalui  Program Agri-Coaching And Industry Development Melaka

SYARAT PENYERTAAN PROGRAM AGRI-COACHING AND INDUSTRY DEVELOPMENT (ACID)

Syarat penyertaan Program Agri-Coaching And Industry Development (ACID) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Keutamaan akan diberikan kepada pelatih di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
  • Mempunyai kebolehan untuk mendapatkan tanah (sewaan sah/premis sedia ada)
  • Bebas isu kredit
  • Perniagaan berdaftar di Malaysia
  • Komited dan sangat berminat dengan pertanian atau fertigasi

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Jana Pendapatan Melalui Tanaman Fertigasi ACID Melalui  Program Agri-Coaching And Industry Development Melaka

  • Isi borang dengan lengkap dan klik SETERUSYA.
  • Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

HASIL PROGRAM

Hasil daripada program yang akan diperolehi oleh peserta Program Agri-Coaching And Industry Development (ACID) adalah seperti berikut:

  • Peningkatan hasil jualan minimum 50%
  • Membuka saluran pemasaran baharu
  • Menyediakan peluang pekerjaan

STRUKTUR PROGRAM

Struktur program yang disediakan untuk peserta ialah:

  • Geran 50%
  • Pinjaman TEKUN 50%
  • Tempoh program selama 12 bulan

Jana Pendapatan Melalui Tanaman Feritgasi ACID Melalui  Program Agri-Coaching And Industry Development Melaka

Baca juga: Permohonan Pengambilan Pelajar Baharu Program Sijil Harta Tanah INSPEN Sesi 2021/2022 Dibuka. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi:

  • Kampus INSKEN, CoPlace 1,
    2270 Jalan Usahawan 2,
    Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
    Selangor Darul Ehsan.Tel: +603-8314 8800
  • Faks: +603-8314 8900
  • Emel: [email protected]
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.