Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Pengambilan Pelajar Baharu Program Sijil Harta Tanah INSPEN Sesi 2021/2022 Dibuka. Semak Syarat Kelayakan Disini

1,815

Pelajar lepasan SPM atau setaraf  ditawarkan untuk menyambung pengajian di Institut Penilaian Negara (INSPEN) yang mana telah dibuka permohonannya bagi ambilan Sesi 2021/2022.

Permohonan adalah secara online dan sekiranya anda berminat, anda boleh membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu seterusnya membuat permohonan anda.

Dapatkan cara membuat permohonan dan syarat kelayakan untuk menyambung pengajian di INSPEN melalui artikel ini.

INFO RINGKAS INSPEN

INSPEN adalah sebuah Institut Latihan Awam yang bukan sahaja menawarkan programlatihan dan akademik malah terdapat juga penyelidikan dan perundingan.

INSPEN bernaung di bawah Jabatan Penilian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia.

TARIKH PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh untuk permohonan secara online adalah pada:

  • 17 Mei 2021 hingga 31 September 2021

Baca juga: Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT)
  • Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT)
  • Sijil Agensi Harta Tanah (CEA)

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH (SPHT)

  • Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) adalah program pertama yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga separa professional yang terlatih dalam bidang penilaian harta tanah sama ada di sektor awam atau sektor swasta. Kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran ditempat kerja

SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH (SPGT)

  • Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) adalah program kedua yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini bertujuan untuk mengeluarkan graduan bagi mengisi kekurangan tenaga separa professional yang terlatih dalam bidang pengurusan harta tanah sama ada di sektor awam atau sektor swasta. Kandungan program ini juga berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran ditempat kerja.

SIJIL AGENSI HARTA TANAH (CEA)

  • Program CEA merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah. Perbezaan antara dua mod adalah dari segi umur iaitu program CEA sepenuh masa untuk pemohon berumur 17 hingga 21 tahun manakala program CEA separuh masa untuk pemohon berumur 17 hingga 65 tahun. Yuran pengajian bagi kedua-dua mod juga berbeza.

Permohonan Pengambilan Pelajar Baharu Program Sijil Harta Tanah INSPEN Sesi 2021/2022 Dibuka. Semak Syarat Kelayakan Disini

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT PROGRAM

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH (SPHT)

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Mesti lulus peperiksaan SPM atau setaraf
  • Kepujian dalam mata pelajaran
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik tambahan
    • Satu (1) mata pelajaran lain
  • Lulus dalam mata pelajaran
    • Bahasa Inggeris
    • Satu (1) mata pelajaran lain.

SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH (SPGT)

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Mesti lulus peperiksaan SPM atau setaraf.
  • Kepujian dalam mata pelajaran
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • Satu (1) mata pelajaran lain
  • Lulus dalam mata pelajaran:
    • Bahasa Inggeris
    • Satu (1) mata pelajaran lain.

SIJIL AGENSI HARTA TANAH (CEA)

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Mesti lulus peperiksaan SPM atau setaraf.
  • Kepujian dalam mata pelajaran
    • Bahasa Melayu
    • Matematik atau Matematik tambahan/Sains/Prinsip Akaun/Perdagangan
    • Satu (1) mata pelajaran lain
  • Lulus dalam mata pelajaran:
    • dua (2) mata pelajaran lain.
  • Mempunyai Sijil/Diploma/Ijazah/Sarjana/Phd dari Universiti yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (bagi pemohon program eksekutif sahaja).

CARA MOHON SIJIL HARTA TANAH INSPEN 2021/2022

Permohonan adalah secara online seperti berikut:

Permohonan Pengambilan Pelajar Baharu Program Sijil Harta Tanah INSPEN Sesi 2021/2022 Dibuka. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Pegawai INSPEN seperti berikut:

  • En Mokhtar Bin Omar: 03-89118710
  • Puan Asmahani Binti Mohd Napiah: 03-89118613
  • Pn. Marliyana Binti Saharan: 03-89118612
  • Cik Nurul Naziha Akma Binti Mawati: 03-98118888
  • En Mohd Noor Adzim Bin Shaari: 03-89118888
  • En. Noorazam Bin Mohd Noor: 03-89118706
  • Pn Rosita Aman: 03-89118610
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...