Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021 & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini

2,034

Pelajar Tahun 1 Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang sedang mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dipelawa untuk memohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS yang dibuka oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Permohonan adalah secara online melalui portal Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah dan anda yang berminat boleh membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu.

Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara membuat permohonan melalui artikel yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS BIASISWA PELAJAR UNISHAMS

Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah merupakan tajaan pengajian kepada mahasiswa/i UniSHAMS iaitu sepanjang pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bantuan ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah Hasil Kutipan Zakat Negeri Kedah Darul Aman dan diagihkan kepada 8 golongan asnaf yang layak seperti berikut:

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Muallaf
  4. Amil
  5. Al Gharimin
  6. Al Riqab
  7. Fisabilillah
  8. Ibnusabil

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR UNISHAMS

Tarikh buka dan tutup permohonan Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah seperti berikut:

  • Tarikh buka: 17 Mei 2021
  • Tarikh tutup: 30 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR UNISHAMS

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk permohonan Biasiswa Pelajar UniSHAMS adalah mengikut peringkat pengajian:

DIPLOMA 

  • Kuota pelajar sebanyak 20 orang sahaja.
  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun).
  • Semua bidang pengajian Diploma di UniSHAMS.
  • Keputusan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 3B dan 3 Kredit serta kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Lulus ujian penempatan Bahasa Arab yang dianjurkan oleh UniSHAMS dan lulus ujian temuduga. (Diploma Tahfiz Wal Qiraat).
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi
    kemasukan UniSHAMS.
  • Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).

IJAZAH SARJANA MUDA (SEMUA BIDANG PENGAJIAN)

  • Kuota pelajar sebanyak 70 orang sahaja.
  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon sedang bermastautin / menetap di Kedah (mengikut alamat surat tawaran) sekurang-sekurangnya 2 tahun.
  • Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/22 (Intake Jun).
  • Semua bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.
  • Lulus Diploma/Matrikulasi/STPM/ASASI dalam bidang berkaitan dengan
    pencapaian sekurangnya CGPA 2.5 atau sekurang-kurangnya pangkat maqbul bagi lepasan STAM.
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia bagi UniSHAMS.
  • Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin atau berpendapatan rendah (B40).

CARA MENGISI PERMOHONAN BIASISWA PELAJAR UNISHAMS

Sekiranya berminat, isi permohonan anda secara online melalui Portal Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah di pautan:

Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini

  • Masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang anda daftarkan.
  • Klik LOG MASUK dan buat permohonan anda.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan
  • Salinan kelulusan pengajian (PT3/Percubaan SPM/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
  • Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT

Tarikh Mohon Biasiswa Pelajar UniSHAMS Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021 & Cara Mohon. Semak Syarat Kelayakan Disini

 

Baca juga: SPUR PUNB: Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 Sehingga RM100 Ribu

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Biasiswa Pelajar UniSHAMS sila dapatkan di:

  • Bahagian Pendidikan
    Lembaga Zakat Negeri Kedah
    Menara Zakat
    Jalan Teluk Wan Jah
    05200, Alor Setar
    Kedah Darul Aman.
  • Telefon : 047331740
  • Email : [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...