Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kadar Bantuan RM300 Sebulan Untuk Veteran ATM Melalui Skim Bantuan Sara Hidup

1,654

Para veteran Angkatan Tentera Malaysia juga tidak dilupakan untuk diberikan bantuan sepanjang pandemik Covid-19 ini.

Bagi veteran ATM yang terjejas pendapatan serta hilang punca pendapatan boleh memohon Skim Bantuan Sara Hidup yang disediakan buat mereka setrusnya meringakan beban veteran ATM yang banyak berjasa kepada negara.

Veteran ATM akan menerima bantuan berjumlah RM300 sebulan sekiranya layak dan lulus permohonan.

Baca juga: Cara Mohon Tentera Laut DiRaja Malaysia Bagi Anda Yang Berminat. Semak Syarat Kelayakan Disini

APA ITU SKIM BANTUAN SARA HIDUP ATM?

Skim Bantuan Sara Hidup ATM adalah:

  • Bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteraan ATM dan tanggungan mereka yang hilang upaya, menghidap penyakit kronik, dan hidup dibawah paras garis kemiskinan (PGK) semasa.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak:

  • RM300/sebulan

SYARAT KELAYAKAN SKIM BANTUAN SARA HIDUP ATM

Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Bantuan Sara Hidup ATM adalah seperti berikut:

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
  • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa (Tanpa mengira tempoh khidmat)
  • Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah berumur 60 tahun ke atas kecuali sakit yang menghalang pekerjaan.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.

SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN SARA HIDUP

Syarat permohonan Skim Bantuan Sara Hidup Veteran ATM adalah seperti berikut:

  • Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
  • Permohonan tanpa mengemukakan pendapatan akan ditolak kecuali penyakit yang menghalang pekerjaan (memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan).

CARA MOHON SKIM BANTUAN SARA HIDUP

Untuk membuat permohonan Skim Bantuan Sara Hidup Veteran ATM, anda perlu:

  • Muat turun Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan boleh dilakukan di:

Kadar Bantuan RM300 Sebulan Untuk Veteran ATM Melalui Skim Bantuan Sara Hidup

Baca juga: Berminat Nak Jadi Askar? Ini Cara Mohon Tentera Darat Secara Online Melalui Sistem Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (SPPMTD)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Sara Hidup Veteran ATM di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...