Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Agro-YES Pembiayaan Sehingga RM500,000. Semak Syarat Kelayakan & Mohon Untuk Membiayai Perniagaan Pertanian Anda

1,931

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memperuntukan RM21 juta bagi pembiayaan khas Agropreneur Muda sebagai produk Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES).

Anak muda yang telah menceburi bidang pertanian sangat dialu-alukan untuk memohon pembiayaan khas Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES) ini kerana kadar faedah yang dikenakan adalah sangat rendah.

Baca juga: Pembiayaan Agropreneur Muda Untuk Belia. Semak Syarat & Cara Permohonan

TUJUAN PROGRAM AGRO-YOUTH ENTREPRENEUR SCHEME(AGRO-YES)

Antara tujuan program Agro-Youth Entrepreneur Scheme (Agro-YES) ini diwujudkan adalah:

  • Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
  • Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
  • Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.

SKOP PROGRAM GRO-YOUTH ENTREPRENEUR SCHEME(AGRO-YES)

Antara skop program adalah:

Dilaksanakan untuk golongan usahawan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut:

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Asas Tani
  5. Pemasaran
  6. Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  7. Agropelancongan

HAD PEMBIAYAAN PROGRAM GRO-YOUTH ENTREPRENEUR SCHEME(AGRO-YES)

Jumlah had pembayaran yang ditawarkan ialah:

  • RM50,000 sehingga RM200,000

Kadar keuntungan semasa adalah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah:

  • 7 tahun atau 84 bulan maksimum

PROSES PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat terus kepada Agrobank dan tempoh pemprosesan juga dipendekkan kepada 14 hari berbanding dua bulan sebelum ini.

KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM GRO-YOUTH ENTREPRENEUR SCHEME(AGRO-YES)

Sebelum membuat permohonan, anda digalakkan untuk menyemak kelayakan permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Pemohon merupakan individu berwarganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan.
  • Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
  • Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan.
    (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
    – Bagi Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian
    Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM.
    – Bagi Syarikat Sendirian Berhad
    Sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah dikehendaki berdaftar dengan UAM.
  • Pemohon hendaklah terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut.
  • Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
  • Projek baru adalah TIDAK dibenarkan di bawah program ini.
  • Projek yang akan dibiaya hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan.
NOTA: Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Program Agro-YES Pembiayaan Sehingga RM500,000. Semak Syarat Kelayakan & Mohon Untuk Membiayai Perniagaan Pertanian Anda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di:

Atau datang ke cawangan terdekat Agrobank dengan mematuhi Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...