Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Air Zam Zam Kini Tidak Dibenarkan Di Bawa Balik Malaysia – Arab Saudi

2,468

Sedih pula apabila terdapat satu video yang menyatakan bahawa jemaah haji dan umrah tidak boleh membawa pulang air zam zam walaupun dalam jumlah 5 liter seperti yang dibenarkan Arab Saudi seperti dahulu.

Tak bolehlah kita di Malaysia nak merasa air zam zam lagi selepas ini!

Mengapa dan apa sebabnya Arab Saudi membuat larangan ini? Ataupun ianya adalah bersifat sementara sahaja?

5 LITER AIR ZAM ZAM JUGA TIDAK DIBENARKAN?

Beberapa tahun yang lalu, jemaah haji dan umrah masih lagi boleh membawa pulang 5 liter air zam zam ke Malaysia secara percuma yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.

Terkini, melalui satu video dari TikTok @masjidbesi telah menyatakan bahawa air Zam Zam walaupun 5 liter tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke Malysia lagi.

@masjidbesiAir Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia #fyp #airzamzam

♬ original sound – Masjid Besi

LARANGAN BAWA PULANG AIR ZAM ZAM SEMENTARA

Namun, menurut Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris larangan membawa pulang air zam zam dijangka:

  • Hanya sementara berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.
  • Tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah.

“Bagaimanapun, tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Kita berharap larangan ini hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi.”

SUMBER

LARANGAN PENJUALAN AIR ZAM ZAM

Pada 4 Januari 2020 yang lalu, kerajaan Malaysia telah membuat larangan penjualan dan pembelian air zam zam dimana ianya dijual mengikut berat seperti berikut:

  • 220 ml: RM10
  • 500ml: RM20
  • 5 liter: RM150
  • 10 liter: RM250

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan menegaskan tiada pihak termasuk pengedar atau syarikat yang mendapat lesen pengimportan dan penjualan air zamzam berikutan larangan kerajaan Arab Saudi.

Air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, mereka yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semula jadi yang tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Air Zam Zam Kini Tidak Dibenarkan Di Bawa Balik Malaysia - Arab Saudi

Baca juga: Harga Terkini Pakej Umrah Ditetapkan! Kumpul Duit Siap-Siap Kalau Nak Pergi Umrah Tahun Depan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...