Akaun Premium Touch n Go eWallet, Had Transaksi Sehingga RM20,000. Ada 3 Pilihan Untuk Anda Pilih
Pemilih akaun eWallet bagi aplikasi Touch n Go eWallet pastinya tersenyum dengan berita ini!
Mengapa?
Ini kerana Touch n Go eWallet telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat penambahbaikan pada akaun yang tersedia dengan 3 jenis akaun pilihan terbaharu dengan had transaksi sehingga RM20,000. Terbaiklah!
PENAMBAHAN AKAUN TOUCH n GO eWALLET
Isi Kandungan
Untuk memastikan pengguna Touch n Go eWallet lebih mudah melakukan transaksi harian, Touch n Go eWallet telah membuat tambahan akaun dengan beberapa kelebihan iaitu dengan meningkatkan had transaksi sehingga RM20,000 kepada penggunanya.
Baca juga: Bayar PTPTN Dengan E-Wallet. Jom, Senang Je
3 PILIHAN AKAUN TOUCH n GO eWALLET
Tiga pilhan akaun juga ditawarkan kepada pengguna iaitu:
- Lite
- Pro
- Premium
KELEBIHAN PENAMBAHAN AKAUN
Terdapat beberapa kelebihan penambahan akaun yang ditawarkan kepada pengguna Touch n Go eWallet iaitu:
Lite
- Had jumlah ewallet: RM200
- Transaksi bulanan: RM4,999.99
Pro
- Had jumlah ewallet: RM5,000
- Transaksi bulanan: RM5,000
Premium
- Had jumlah ewallet: RM20,000
- Transaksi bulanan: RM20,000
- Transaksi tahunan: RM300,000
PENGAKTIFAN AKAUN PREMIUM
Untuk pengaktifan akaun premium pula, anda perlu:
- Gunakan salah satu ciri yang disediakan iaitu pelaburan Go+ atau pun TNG Car Insure.
- Selepas penggunaannya, anda akan diberikan pilihan untuk naik-taraf ke akaun Premium, sekaligus meningkatkan nilai transaksi sehingga RM20,000.
- memudahkan pengguna melakukan pemindahan dan pembayaran mencapai sehingga RM20,000 dalam satu transaksi dengan mudah.
Jadi, untuk memudahkan anda aktifkan akuan premium, anda hanya perlu lakukan semua perkara yan telah dinyatakan diatas dan had transaksi anda adalah sehingga RM20,000 sekaligus memudahkan urusan anda.
Senang bukan? Tapi ingat, perbelanjaan adalah diatas pilihan anda sendiri.
Baca juga: Touch n Go Pada MyKad? Ini Cara Mudah Check Baki Wang Anda
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.