Program Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja Dilanjutkan. Dapatkan Tatacara Permohonan Disini

Para majikan yang ingin membuat permohonan Program Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja boleh menarik nafas lega kerana tarikh permohonannya telah dilanjutkan.

Malahan Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja juga telah diperluaskan kepada 4 subsektor perkhidmatan.

Bagi majikan yang ingin membuat permohonan, dapatkan cara-cara permohonan seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: Berurusan Di PERKESO? Buat Tempahan Temujanji Di MyTemujanji PERKESO Online Sebelum Hadir Ke Kaunter

INFO RINGKAS PROGRAM REKALIBRASI PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) TENAGA KERJA

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang diwujudkan di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh pihak industri pada ketika ini susulan daripada pembekuan pengambilan pekerja asing baharu dalam negara. Program ini bertujuan untuk meregularisasikan PATI sedia ada dalam negara sebagai pekerja asing yang sah untuk digajikan oleh majikan tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Program ini melibatkan kerjasama antara dua Kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

TARIKH PERLANJUTAN PROGRAM REKALIBRASI PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) TENAGA KERJA

Seperti yang sedia maklum, Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja telah dilanjutkan mulai:

  • 1 Julai sehingga 31 Disember 2021

TAMBAHAN 6 SUBSEKTOR PROGRAM REKALIBRASI PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) TENAGA KERJA

Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja in juga diperluaskan kepada 4 subsektor perkhidmatan:

  1. Restoran
  2. Kargo,
  3. Borong dan runcit
  4. Pembersihan dan pencucian

Perkara tersebut dipersetujui oleh mesyuarat Kabinet pada 23 Jun lepas.

PERLUASAN NEGERI

Selain itu pelaksanaan pelan rekalibrasi itu turut diperluaskan ke:

  • Sabah
  • Sarawak

Tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri tersebut.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

Pastikan anda mengemukakan dokumen penting seperti yang ditetapkan iaitu:

  • Surat permohonan
  • Maklumat syarikat
  • Maklumat pekerja asing
Nota: Proses kelulusan penentuan kuota bagi program ini adalah selepas lulus tapisan pengesahan PATI oleh Jabatan Imigresen. Seterusnya, majikan mempunyai PATI yang telah lulus proses pengesahan boleh membuat permohonan menerusi laman sesawang www.fwcms.com.my.

Proses penentuan kuota oleh kementerian dan agensi-agensi kawal selia selepas PATI lulus tapisan pengesahan di Jabatan Imigresen akan dapat mewujudkan keseimbangan dari segi jumlah kelulusan kuota serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang diluluskan.

Baca juga: Permohonan Pembantu Rumah Asing Melalui Sistem Maid Online (SMO)

No photo description available.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Tenaga Kerja sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.