Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Download Borang Kebenaran Rentas Negeri & Cara Membuat Permohonan

43,862
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

Bagi beberapa kategori individu yang perlu membuat perjalanan rentas negeri, sempadan atau daerah, anda perlu mendapatkan borang kebenaran rentas negeri seperti yang dikongsikan disini.

SYARAT KEBENARAN RENTAS NEGERI/DAERAH

Berikut adalah syarat-syarat mendapat kebenaran merentasi negeri atau daerah sepanjang PKPB:

  • Hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam setiap pergerakan.
  • Pekerja yang perlu bekerja perlu mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Pergerakan dalam daerah yang sama tidak perlu kemukakan surat majikan atau pas pekerja.
  • Hendak merentasi kawasan PKPB atas sebab kecemasan yang boleh diterima.
  • Individu dari luar yang ingin memasuki kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas urusan tertentu.

Baca juga: Permohonan Keluar & Masuk Negara Boleh Dibuat Melalui MyTravelPass

PROSEDUR MENDAPATKAN KEBENARAN RENTAS NEGERI

Sekiranya anda ingin merentas negeri atau daerah yang terlibat dengan PKPB, anda perlu dapatkan borang kebenaran dan ikut prosedur berikut untuk membuat permohonan merentasi negeri:

  1. Muat turun borang kebenaran rentas negeri di bawah
  2. Lengkapkan borang tersebut
  3. Berikan alasan yang jelas sebab permohonan pergerakan
  4. Turunkan tandatangan pemohon beserta tarikh permohonan
  5. Bawa borang kebenaran yang telah lengkap diisi ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kelulusan
  6. Sekiranya mendapat kelulusan borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya ketika ingin merentasi negeri atau sempadan.

Klik butang di bawah untuk muat turun Borang Kebenaran Rentas Negeri:

BORANG KEBENARAN PERGERAKAN PKPB 

AKTIVTI YANG DIBENARKAN MENGIKUT KATEGORI PKP / PKPB  / PKPP

Download Borang Kebenaran Rentas Negeri & Cara Membuat Permohonan

Diharap perkongsian ini membantu urusan anda dipermudahkan walaupun kita semua menghadapi saat sukar melawan pandemik Covid-19.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...