Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS, Sila Kemaskini Maklumat Secara Online Untuk Agihan

Ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diminta untuk mengemaskini semua maklumat agar tidak tercicir untuk menerima bantuan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS).

Untuk pengetahuan anda, Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) akan diberikan kepada ahli TAWAS yang bakal masuk ke Tahun 1 pada tahun 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kemaskini perlu dilakukan secara online pada pautan yang akan dikongsikan disini. Buat dengan segera kalau tak nak tercicir tau!

INFO RINGKAS TAWAS

Apa itu TAWAS?

  • TAWAS merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1.
  • Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.
  • Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun dan terima bantuan RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.
  • YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

MAKLUMAT PERLU DIKEMASKINI

Maklumat yang perlu dikemaskini adalah:

  • Nombor telefon
  • Alamat rumah
  • Kawasan program pilihan

Semua maklumat ini perlu dikemaskini dengan segara untuk mengelakkan terlepas maklumat bagi sesi agihan yang akan datang.

PAUTAN KEMASKINI

Kemaskini maklumat perlu dilakukan secara online sahaja melalui pautan yang diberikan seperti berikut:

Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS, Sila Kemaskini Maklumat Untuk Agihan Secara Online

  • Klik pada bahagian Semakan/Kemaskini/Cetakan Penyata Simpanan TAWAS untuk kemaskini maklumat anda.

Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) TAWAS, Sila Kemaskini Maklumat Untuk Agihan Secara Online

  • Kemudian masukkan nombor kad pengenalan ibu bapa atau penjaga dan klik Log masuk untuk kemaskini maklumat.
  • Akhir sekali klik Hantar untuk menghantar permohonan anda.
Nota: Ahli TAWAS yang membuat kemaskini maklumat akan diberi nota makluman pada hujung tahun 2021 melalui sms.
Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak dapat hadir untuk menerima bantuan, wakil boleh dihantar dan perlu mengemukakan bukti melalui surat wakil yang perlu dibawa semasa sesi ambilan.

May be an image of toy and text that says 'TAWAS SMUL TAHAS SiMaris PENGUMUMAN MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA DAN PENJAGA AHLI TAWAS KELAHIRAN TAHUN 2015 Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) bagi ahli TAWAS yang bakal masuk ke darjah 1 tahun 2022 akan berlangsung tidak lama lagi. Sila kemaskini maklumat no telefon, alamat dan kawasan program pilihan bagi mengelakkan terlepas sesi agihan bantuan yang akan datang. Sahary Kemaskini boleh dilakukan di laman sesawang tawas.yawas.my. AWAS Tabung Slangr Warisah Anak Selangor'

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Dah daftar ibu bapa atau saudara mara anda yang berumur usia emas dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) jika belum, anda boleh daftar sekarang dan dapatkan pelbagai bentuk bantuan seperti:

1. BAUCAR BELI BELAH RM100 (MANFAAT SEMASA HIDUP)

  • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.
  • Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.

2. KHAIRAT KEMATIAN RM500 (MANFAAT SELEPAS KEMATIAN)

  • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  • Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.
  • Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)
  • Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)
  • Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)

Untuk makluman lanjut, sila rujuk:

ADUAN/MAKLUMAT LANJUT

Sebarang aduan atau maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS), sila ajukan ke:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.