Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Berurusan Di PERKESO? Buat Tempahan Temujanji Di MyTemujanji PERKESO Online Sebelum Hadir Ke Kaunter

2,052

Anda yang ingin berurusan dengan PERKESO boleh membuat tempahan temujanji melalui MyTemujanji PERKESO secara online sahaja sebelum hadir ke kaunter PERKESO secara bersemuka.

Tujuan Mytemujanji PERKESO ini diwujudkan adalah kerana untuk mengekang penularan Covid-19 serta untuk menjadikan sebarang urusan lebih mudah dan efisyen kepada setiap pelanggan.

Dapatkan cara untuk membuat tempahan temujanji untuk urusan anda di MyTemujanji PERKESO seperti seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: RM163 Bantuan Caruman PERKESO Melalui Program SPS Prihatin Wanita

TERMA & SYARAT PERMOHONAN MYTEMUJANJI PERKESO

Untuk membuat sebarang permohonan MyTemujanji PERKESO secara online, anda hanya perlu patuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh PERKESO seperti berikut:

  • Slot temu janji adalah terhad, sekiranya tarikh dan masa yang dipilih telah penuh, pemohon perlu membuat pilihan lain.
  • Permohonan boleh dilakukan satu (1) hari awal dari tarikh temu janji dan sehingga enam (6) bulan dari tarikh semasa, walau bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan.
  • Permohonan akan terbatal sekiranya tarikh temu janji jatuh pada tarikh cuti kelepasan am, cuti peristiwa atau cuti yang diumumkan oleh kerajaan secara mengejut dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
  • Pemohon perlu berada di pejabat PERKESO sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum waktu temu janji. PERKESO berhak untuk membatalkan temu janji sekiranya lewat. Permohonan baharu perlu dibuat semula.
  • Pemohon perlu memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap semasa hadir ke pejabat PERKESO semasa sesi temu janji. Borang-borang dan senarai semak boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/mengenai-kami/sumber/borang-borang.html
  • Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam, batuk dan selesema, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat permohonan temu janji semula.
  • Permohonan temu janji di PERKESO adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa pandemik Covid-19 PERKESO dan arahan yang berkuatkuasa.
  • Permohonan melalui temu janji atas talian ini adalah percuma dan PERKESO tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan dengan tuntutan faedah, bayaran caruman termasuklah permohanan temu janji atas talian.

CARA MEMBUAT TEMPAHAN MYTEMUJANJI PERKESO

Sebarang tempahan MyTemujanji PERKESO adalah secara online seperti langkah-langkah berikut:

Berurusan Di PERKESO? Buat Tempahan Temujanji Di MyTemujanji PERKESO Online Sebelum Hadir Ke Kaunter

  • Klik RESET sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa anda melengkapkan tempahan anda.
  • Akhir sekali klik HANTAR untuk menghantar tempahan temujanji anda.
Nota: Pastikan anda mencetak/memuatnaik/screenshot slip tempahan ini dan mohon dikemukakan semasa hadir ke Pejabat PERKESO yang dipilih.

SEMAKAN MYTEMUJANJI PERKESO

Anda juga boleh membuat semakan tempahan temujanji anda seperti berikut:

  • Klik https://mytemujanji.perkeso.gov.my/semakpermohonan.php
  • Seterusnya klik bahagian KERAKYATAN dan pilih sama ada WARGANEGARA atau BUKAN WARGANEGARA.
  • Jika WARGANEGARA, masukkan nombor MyKAD, MyKID, MyPR atau MyKAS.
  • Bagi BUKAN WARGANEGARA, masukkan NO.PASSPORT anda.
  • Klik SEMAK.

Berurusan Di PERKESO? Buat Tempahan Temujanji Di MyTemujanji PERKESO Online Sebelum Hadir Ke Kaunter

  • Maklumat tempahan temujanji anda akan dipaparkan.
Nota: Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan faedah PENCEN ILAT, pemohon boleh hadir secara walk-in ke pejabat PERKESO tanpa temu janji. Walau bagaimanapun pembukaan kaunter pejabat PERKESO adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Pendemik Covid-19 PERKESO dan arahan yang berkuatkuasa.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...