Usahawan yang baru mula berniaga pastinya ingn mengasingkan wang perniagaan dengan wang kegunaan peribadi. Tetapi kebanyakan bank mahukan anda memberikan salinan sijil perakuan perniagaan atau SSM sebelum dapat membuka akaun semasa bank untuk perniagaan anda.
Tetapi, jangan risau! Pihak Maybank telah memudahkan urusan anda dengan mempelawa anda untuk membuka akaun bank semasa bagi perniagaan anda tanpa mengemukakan salinan sijil perakuan perniagaan SSM secara online sahaja.
Untuk pengetahuan anda, kerajaan juga telah mengumumkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara percuma kepada Belia B40, Ibu tunggal dan kepada pelajar.
CARA MEMBUKA AKAUN SEMASA PERNIAGAAN MAYBANK TANPA SSM
Isi Kandungan
Untuk membuka akuan semasa perniagaan di Maybank tanpa mempunyai sijil perakuan perniagaan SSM, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka Maybank2u
- Log masuk ke akaun anda.
- Klik APPLY ONLINE
- Seterusnya klik pada Maybank2u Premier Akaun semasa
- Klik NEXT dan isi maklumat yang diperlukan.
- Permohonan anda telah siap dan nombor akaun semasa untuk perniagaan anda akan dipaparkan seperti contoh dibawah.
VIDEO TUTORIAL BUKA AKAUN SEMASA PERNIAGAAN MAYBANK TANPA SSM
@buna.salleh Lepas ni dah boleh asing modal dan untung! #buwatjetiktok #fyp #tiktokmalaysia #foryou #businesstips
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.