Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Scammer Curi Akaun WhatsApp & Tipu Rakan Anda. Ini Cara Elakkan Akaun WhatsApp Dicuri

2,148

Terkini, scammer menggodam akaun pengguna whatsapp dengan berlakon sebagai anda dengan menghantar mesej kepada rakan anda.

Anda perlu mengelakkan daripada menjadi mangsa seterusnya atau elakkan daripada ahli keluarga serta rakan anda menjadi mangsa scammer ini.

Sebelum ini, scammer telah menghantar emel palsu kepada pemohon iSinar KWSP kononnya KWSP telah membuat bayaran lebihan cukai iSinar sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku.

Rujuk: KWSP Tidak Pernah Hantar Emel Bayaran Lebihan Cukai iSinar. Hati-Hati, Emel Palsu!

MODUS OPERANDI GODAM AKAUN PENGGUNA WHATSAPP

Scammer akan bertindak seperti berikut:

  • Mencuri akaun Whatsapp dan menyamar sebagai anda.
  • Kumpulan sindiket akan mendaftar Whatsapp menggunakan nombor telefon anda yang mana mereka akan membuat permohonan seolah-olah Whatsapp anda bertukar ke nombor telefon atau telefon yang lain.
  • Suspek kemudiannya akan menghubungi rakan-rakan atau keluarga untuk meminta wang menggunakan identiti Whatsapp anda.

CARA UNTUK MENGELAK

Untuk mengelakkan daripada perkara ini berterusan, anda dinasihatkan:

  • Tidak menjawab atau respon apa-apa daripada SMS ini. Kalau boleh anda padam atau block SMS yang diterima.

Contoh SMS:

Scammer Curi Akaun WhatsApp & Tipu Rakan Anda. Ini Cara Elakkan Akaun WhatsApp Dicuri

CARA MENGELAK AKAUN WHATSAPP DI GODAM

Untuk mengelakkan daripada akaun whatsapp anda di godam oleh scammer dan menjadi mangsa mereka, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Masuk akaun WhatsApp anda.
  • Klik SETTING dan ACCOUNT.

Scammer Curi Akaun WhatsApp & Tipu Rakan Anda. Ini Cara Elakkan Akaun WhatsApp Dicuri

  • Klik TWO-STEP VERIFICATION

Scammer Curi Akaun WhatsApp & Tipu Rakan Anda. Ini Cara Elakkan Akaun WhatsApp Dicuri

  • Masukkan pin anda dan sahkan kod pin tersebut.

Scammer Curi Akaun WhatsApp & Tipu Rakan Anda. Ini Cara Elakkan Akaun WhatsApp Dicuri

  • Akaun WhatsApp anda tidak akan dapat digodam lagi selepas ini.

Diharap, anda semua lakukan cara yang dikongsikan oleh pihak Polis Sentul ini dan sekurangnya kita semua tidak menjadi mangsa scammer yang tidak bertanggungjawab ini.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...