Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Aktiviti Cintakan Ramadan Ibu Bapa Bersama Anak-Anak. Jom Tengok 5 Aktiviti Ini.

1,462

Semangat Bulan Puasa

Ramadan bakal menjelang lagi. Seronok bukan kepalang dan tidak sabar untuk menyambut bulan puasa. Kalau ibu bapa tidak sabar menunggu bulan puasa, apatah lagi anak-anak. Sampai siap bernyanyi lagu ‘Ramadan Tiba’ berulang kali.

Namun ibu bapa tetap gusar memikirkan tentang anak-anak dikhuatiri tidak tahan untuk bepuasa, rasa jemu dan bosan menunggu tibanya waktu berbuka puasa.

Apakata kita penuhkan aktiviti anak-anak sepanjang bulan puasa ini agar mereka merasakan seronoknya bulan puasa kali ini.

5 Aktiviti Cintakan Ramadan

Berikut beberapa cadangan yang anda boleh lakukan bersama anak-anak sepanjang bulan puasa.

1. Dekorasi Sudut Ramadan

Anda hanya perlu menyediakan kertas, gunting, warna dan peralatan perhiasan untuk aktiviti ini. Pastikan kertas yang disediakan adalah kertas berwarna. Ambil satu sudut di rumah anda yang sesuai untuk aktiviti ini.

Anda boleh mengajak anak anda untuk mencipta replika masjid, bulan, bintang dan gantungkannya.

Sediakan kertas mahjong dan lekatkan di dinding untuk anak anda luahkan melalui lukisan atau tulisan di kertas tersebut.

dekorasiramadan

2. Membuat Buku Scrap Mengenai Ramadan

Anda boleh mengajak anak-anak anda membuat perkongsian aktiviti harian mereka dengan membuat buku scrap catatan. Mereka bebas mencatat  atau melukis aktiviti seharian mereka sepanjang bulan puasa, membantu anda di dapur, membantu ayah mencuci kereta dan sebagainya. Kemudian anda boleh meminta mereka berkongsi antara satu sama lain ketika waktu sebelum tidur atau berkumpul pada keesokan harinya.

scrapbook

3. Senaraikan Rukun Islam Cara Kreatif

Anda boleh mengajak anak-anak anda dengan mendedahkan mereka atau ulangkaji Rukun Islam melalui cara yang kreatif. Antaranya ialah dengan melekatkan Rukun Islam mengikut senarai yang betul. Sebelum itu, anda perlu siapkan dulu bahan-bahan dengan kertas atau lukisan yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat mereka. Selepas siap, anda boleh menerangkan satu persatu apa itu Rukun Islam.

rukun islam

4. Tabung Sedekah

Anda sediakan tabung sedekah setiap seorang dengan dekorasi paling menarik dan kreatif. Dengan cara ini juga, anda menggalakkan anak-anak untuk menabung dan ceritakan kelebihan bersedekah. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 133-134 mengenai bersedekah yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

tabungsedekah

5. We Love Quran

Semangat cintakan al-Quran sangat digalakkan di usia yang muda. Sebelum anda mengajak anak-anak mengaji al-Quran bersama-sama, apakata anda dekorasi dahulu bilik solat di sudut tertentu agar anak-anak rasa seronok dan semangat untuk mengaji al-Quran setiap hari. Anda juga boleh hias bilik dengan gambar yang berkaitan dengan keindahan cerita yang terdapat di dalam al-Quran atau semasa ayat dibaca, dibacakan dengan tafsir atau diberikan keterangan secara bergambar.

ibu-anak-mengaji-

Marilah kita semarakkan bulan Ramadan ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta kreatif dan bermanfaat di rumah kita.

Semoga Ramadan kali ini memberi seribu rahmat buat kita semua.

doaku

Sumber:

  • keluarga.my
  • bidadari.my
  • beanahomequran.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...