5 Kesalahan Utama Menulis Cover Letter Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Buat Ya!

Hairan juga sebab hantar permohonan kerja di merata-rata tempat tetapi tetap tidak dipanggil untuk bekerja.

Apa kesalahan yang telah anda lakukan sehingga tiada satu syarikat pun yang berminat untuk memanggil anda untuk ditemuduga?

Cuba semak cover letter anda dan mungkin terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan seperti 5 kesalahan menulis cover letter yang dikongsikan ini.

APA ITU COVER LETTER?

Cover letter tidak sama dengan resume ya! Ini kerana cover letter merupakan surat pengenalan untuk anda memohon pekerjaan.

Selain itu ia merupakan:

  • Sebuah dokumen yang menyatakan informasi lanjut dengan lebih terperinci tentang kemahiran dan pengalaman anda.
  • Cover letter dihantar bersama-sama resume sebagai dokumen sokongan.
  • Resume hanya menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda manakala cover letter berfungsi sebagai ‘sales pitch‘ untuk memberitahu bakal majikan kenapa anda layak memegang sesebuah jawatan.

Baca juga: 5 Contoh Email Mohon Kerja MySTEP Yang Sesuai Untuk Dihantar Ke Mana-mana Kementerian & Jabatan

5 KESALAHAN UTAMA MENULIS COVER LETTER

Terdapat 5 kesalahan yang perlu anda hindari ketika menulis cover letter iaitu:

Kurang Research

  • Zaman sekarang adalah zaman dimana semua maklumat berada dihujung jari sahaja. Dapatkan nama Pegawai Human Resource syarikat tersebut.
  • Selepas ini jangan masukkan “Dear Sir/Madam” lagi. Gantikan dengan “Dear Puan Hayati”. Berdasarkan panggilan ini, anda sebenarnya dah dapat 1 markah kerana menarik perhatian HR.

Tulis Semua Info Dalam Resume

  • Ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pencari kerja ketika menulis cover letter iaitu menulis semula semua info yang terdapat di dalam resume.
  • Yang penting, tulis pendahuluan dengan ceritakan kefahaman anda terhadap jawatan kosong yang anda mohon.
  • Seterusnya tuliskan pengalaman anda yang mempunyai kaitan dengan pekerjaan yang dipohon. Jangan masukkan pengalaman yang tidak berkaitan ya!

Isi Kandungan Yang General

  • Berdasarkan iklan jawatan kosong tersebut, anda boleh buat 3 atau 4 senarai berkaitan untuk jawatan tersebut.
  • Anda boleh letak perkara berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran atau pengalaman anda sebelum ini.
  • Kemudian ceritakan bagaimana anda nak kaitkan perkara tersebut dengan jawatan yang dipohon agar anda menjadi calon pilihan majikan untuk dipanggil temuduga.

Salah Ejaan

  • Pastikan anda tidak membuat sebarang kesalahan ejaan pada cover letter anda. Elakkan.
  • Buat semakan dan minta kawan atau ahli keluarga anda membaca semula cover letter anda.
  • Jangan lupa, tanya pendapat mereka dan buat penambahbaikan jika perlu.

Campur Aduk Bahasa

  • Pilih salah satu bahasa yang anda akan gunakan untuk menulis cover letter.
  • Tulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan anda dilarang untuk mencampur adukkan bahasa kecuali untuk istilah bagi bahasa kejuruteraan, sains dan yang berkaitan.

FORMAT COVER LETTER

Jika ada yang terlupa mengenai format cover letter, rujuk info berikut dan pastikan anda menggunakan 1 bahasa sahaja sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris:

  • Alamat dan butiran diri
  • Alamat dan jawatan penerima (bakal majikan)
  • Tarikh hari ini
  • Panggilan yang betul seperti Encik, Tuan, Cik atau Puan
  • Tujuan surat itu termasuk butiran jawatan yang ditawarkan
  • Nyatakan sebab dan hasrat anda memohon jawatan tersebut
  • Nyatakan cara-cara anda boleh menyumbang kepada syarikat bakal majikan

Anda juga diingatkan untuk membuat penambahbaikan resume anda dan jangan kitar semula sehingga resume anda tidak dipandang oleh HR.

Sila update resume anda dari semasa ke semasa dan jangan malas untuk siapkan resume anda mengikut jawatan yang dipohon.

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong yang ada diseluruh Malaysia, anda boleh layari laman berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.