6 Tips Buat Resume Mudah Dapat Kerja. Sekali Majikan Baca, Terus Tertarik Ambil Korang Kerja!
Zaman sekarang ini, kalau nak minta kerja kilang pun, anda semua perlu hantar resume juga ya!
Ini kerana resume merupakan satu gambaran secara ringkas tetapi padat dengan maklumat untuk bakal majikan mengenali anda seterusnya melihat kelebihan diri anda untuk diambil bekerja.
Tahu tak, resume tak perlu terlalu gempak tetapi guna sahaja 6 tips yang akan dikongsikan ini untuk rujukan anda.
3 JENIS RESUME TERBAIK 2021
Isi Kandungan
Terdapat 2 jenis resume terbaik yang boleh anda sediakan untuk permohonan kerja dan dibawa ketika temuduga adalah:
Chronological resumes
- Memberi tumpuan kepada pengalaman kerja, pekerjaan semasa anda atau posisi terkini yang disenaraikan dahulu.
- Disusun kronologi terbalik menerusi sejarah kerja anda.
- Menunjukkan kedudukan pekerjaan anda dan berapa lama anda bekerja di sesuatu syarikat.
- Disukai oleh majikan kerana mereka dapat mengetahui latar belakang pekerjaan pemohon itu dengan jelas.
Functional resumes
- Memberi tumpuan kepada kemahiran dan pencapaian anda.
- Ia boleh digunakan untuk menyembunyikan fakta bahawa anda mempunyai pengalaman kerja yang tidak sempurna.
Combination resumes
- Resume ini merupakan resume gabungan untuk pencari kerja yang sudah mempunyai sedikit pengalaman dibawah pekerjaan mereka.
- Resume ini sangat terbaik untuk pemohon yang mempunyai banyak kemahiran teknikal dan kepakaran untuk ditonjolkan kebolehan yang ada pada mata majikan.
6 TIPS BUAT RESUME MUDAH DAPAT KERJA
Nak buat resume yang boleh menarik majkan untuk ambil anda dapat kerja?
Amalkan 6 tips buat resume ini dan semoga ianya bermanfaat kepada anda.
Ayat Tidak Meleret
- Jika anda mahukan resume yang bagus, elakkan dari menulis dengan ayat yang meleret.
- Resume yang meleret akan membuatkan bakal majikan atau recruiter berasa bosan
- Resume terbaik mengandungi ayat yang ringkas dan padat.
- Hanya masukkan maklumat yang tepat dan penting sahaja dalam resume.
Susunan Subheadings
- Pastikan susunan subheadings adalah mengikut turutan.
- Buat turutan dengan kemas kerana ianya menarik perhatian pembaca.
- Contoh turutan subheadings:
a) Maklumat diri
b) Pengalaman kerja
c) Pendidikan
d) Pencapaian
e) Rujukan
Pilihan Warna
- Pilih 1-2 pilihan warna sahaja
- Tersalah pilih warna akan menimbulkan tanggapan negatif.
- Jangan letakkan warna yang terlalu banyak. Bukan buku latihan tadika ya!
Gambar & Email
- Letakkan gambar dan email yang profesional
- Pastikan gambar anda berukuran pasport dan latar belakang sama ada biru atau putih sahaja.
- Email pula letakkan nama anda kerana ia menunjukkan keprofesionalisme anda untuk memohon pekerjaan.
Bahasa
- Guna gaya bahasa yang sama dan teratur.
- Jika anda gunakan Bahasa Melayu, tulis semua ayat dalam Bahasa Melayu, begitu juga jika guna Bahasa Inggeris.
Font
- Guna satu font sahaja
- Elakkan font Arial dan digalakkan untuk menggunakan font Times New Roman atau Calibri.
- Gunakan huruf besar dan kecil secara tepat.
Baca juga: Mohon Kerja Kilang Pun Perlu Resume Tau! Biar Ringkas & Padat Tetapi Penuh Maklumat
Semoga bermanfaat buat anda!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.