Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan Dikreditkan Mulai 28 September 2021. Jangan Lupa Check Akaun Anda Nanti
Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima bayaran bagi Fasa 3 tidak lama lagi.
Ini kerana YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa bayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima masing-masing mulai 28 September 2021.
Selain itu, penerima BPR rayuan juga akan menerima bayaran pada tarikh yang sama dan anda dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu.
TARIKH BAYARAN FASA 3 & RAYUAN
Isi Kandungan
Untuk makluman semua, tarikh bayaran BPR untuk fasa 3 dan rayuan adalah bermula pada tarikh berikut:
- 28 September 2021
JUMLAH BAYARAN BPR FASA 3 & RAYUAN
Berapa pula jumlah bayaran BPR bagi fasa 3 dan rayuan kali ini?
Jumlah bayaran bayaran BPR adalah seperti berikut:
BPR Fasa 3
- RM1,400
BPR Rayuan
- RM2,300
JADUAL & CARA PEMBAYARAN BPR FASA 3 & RAYUAN
Anda boleh membuat semakan pembayaran mengikut BPR Fasa 3 dan Rayuan seperti jadual dibawah:
JENIS PENERIMA | TARIKH PEMBAYARAN | CARA PEMBAYARAN |
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPR | 28 – 30 September 2021 | Terus dikreditkan ke dalam akaun bank |
Penerima sedia ada (isi rumah) dan Rayuan BPR yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) | Mulai 28 September 2021 | Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa. |
CARA SEMAKAN BPR FASA 3 & RAYUAN
Untuk membuat semakan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
- Klik pada LOG MASUK
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda dan klik SEMAK
- Isikan huruf CAPTCHA yang dipaparkan.
- Masukkan KATA LALUAN yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Klik LOG MASUK.
- Klik SEMAK dan skrin akan memaparkan status anda.
Rujuk: BPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan RM500 di saluran berikut:
- Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
- Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
KENYATAAN MEDIA
Anda boleh rujuk kenyataan media mengenai hebahan bayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan seperti berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.