DAH TAK NAK DUIT RM500 I-LESTARI KWSP? INI CARA BATALKAN PENGELUARANNYA
Isi Kandungan
“Saya dah tak nak bayaran i-Lestari dimasukkan ke dalam akaun lagi. Keadaan kewangan saya sudah kukuh. Apa yang saya perlu lakukan untuk membatalkan pengeluaran i-Lestari?”
Pastinya ada penerima i-Lestari yang mempunyai situasi begini dimana ingin membatalkan pengeluaran kerana merasakan keadaan ekonomi sudah makin stabil.
Jadi, anda boleh membatalkan pengeluaran i-Lestari KWSP anda berdasarkan perkongsian ini.
INFO RINGKAS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Adakah anda tahu apa itu pengeluaran i-Lestari?
- Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP merupakan antara bantuan untuk rakyat yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin COVID-19.
 - Melalui Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP ini, pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan.
 
TUJUAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Tujuan utama kerajaan membenarkan pengeluaran i-Lestari ini adalah :
- Untuk membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup sepanjang penularan wabak COVID-19 ini. Terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.
 
CARA MEMBATALKAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Untuk membatalkan pengeluaran i-Lestari, pihak KWSP tidak akan memaparkan semua maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari yang terdahulu. Malah,
- Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu sebagai rujukan untuk permohonan pembatalan pengeluaran.
 - Bayaran bulanan akan berhenti setelah permohonan diluluskan.
 - Anda juga boleh membuat pembatalan di kaunter KWSP yang terdekat sekiranya kaedah bayaran semasa adalah ARAHAN BAYARAN.
 - Jika ingin membuat permohonan semula, ia boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan pengeluaran i-Lestari dilakukan.
 
LANGKAH-LANGKAH PEMBATALAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Ikuti langkah-langkah membatalkan pengeluaran i-LEstari secara online seperti berikut :
- Klik i-Lestari Cancellation
 - Klik OK pada nota yang dipaparkan.
 - Masukkan maklumat yang diperlukan.
 - Klik SAYA BUKAN ROBOT setelah maklumat anda telah lengkap diisi.
 - Klik SEMAK.
 - Klik PENGESAHAN PEMBATALAN pengeluaran i-Lestari.
 - Klik BATAL.
 - Permohonan pembatalan pengeluaran i-Lestari anda telah siap.
 
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembatalan pengeluaran i-Lestari, sila hubungi KWSP di :
- Telefon : 03-8922 600
 - Portal rasmi : KWSP
 
Atau anda boleh hadir ke kaunter KWSP yang terdekat melalui Temujanji Online terlebih dahulu dan buat temujanji anda.