Rupa-rupanya ramai pelajar pada masa kini yang memang tak pandai menggunakan emel untuk membuat permohonan internship.
Kalau tak pandai nak gunakan emel untuk membuat permohonan internship, kenalah belajar lagi! Nanti nak mohon kerja pun mestilah pandai gunakan emel. Senang kerja dimasa akan datang.
Bagi pelajar yang belum pandai gunakan emel, boleh dapatkan cara-cara menggunakan emel disini dan dapatkan beberaa tips untuk menulis emel disini.
7 LANGKAH NAK TULIS EMEL
Isi Kandungan
Terdapat 7 langkah mudah untuk menulis emel yang anda perlu tahu iaitu:
1. Klik Compose
- Klik dahulu dibahagian Compose terlebih dahulu.
2. From
- Secara automatik, alamat emel anda akan tersedia pada bahagian ini.
- Penerima akan melihat alamat emel anda pada bahagian atas. Jadi, gunakan alaat emel yang profesional untuk memudahkan penerima mengingati anda.
3. To
- Pada bahagian ini masukkan alamat emel kepada siapa yang anda ingin hantarkan.
- Jangan salah masukkan alamat emel. Risau nanti sampai kat orang lain pula.
4. Subject
- Ini adalah tajuk pada emel.
- Tajuknya mestilah ringkas dan jangan terlalu panjang berjela.
- Tak perlu buat karangan pada bahagian Subject.
5. Compose Email
- Jangan biarkan kosong pada bahagian ini dan tulis apa sahaja info yang anda ingin nyatakan kepada penermia pada bahagian ini.
6. Attach Files
- Apa fungsi Attach File ni? Ia berfungsi untuk anda menghantar dokumen yang ingin anda hantar.
- Save dokumen dalam bentuk PDF sebelum uploud. Senang untuk dibuka dan mudah untuk didownload.
7. Send
- Baca sekali lagi emel anda agar tiada maklumat yang tertinggal.
- Kemudian, jangan lupa tekan butang Send.
- Emel anda telah dihantar kepada penerima
ADAB MENULIS EMEL
Menulis emel pun ada adabnya ya! Tambah-tambah kalau anda nak mohon internship atau mohon kerja untuk kali pertama.
1. Beri Salam/Salutation
- Jangan main terjah je! Kalau confirm penerima beragama Islam, boleh berikan salam. Tapi kalau tak tahu, berilah ucapan Selamat Pagi atau Salam Sejahtera.
- Sertakan bersama panggilan seperti Tuan, Puan, Cik atau Madam. Letakkan nama jika anda benar-benar tahu nama mereka.
2. Kenalkan Diri
- Kenalkan diri anda. Penerima tak boleh meneka siapa anda.
- Letakkan nama penuh anda, bidang pelajaran, tahun berapa dan dari universiti mana
3. Nyatakan Sebab
- Mesti ada tujuan mengapa anda menghantar emel, bukan?
- Oleh itu, nyatakan sebab-sebab mengapa anda menghantar emel seperti permohonan intership/latihan industri atau permohonan kerja.
4. Ucap Terima Kasih
- Walaupun dalam emel, ucapkan juga terima kasih kepada penerima.
5. Tulis Nama Penuh
- Tulis nama penuh anda pada akhir composition.
- Sertakan bersama nombor telefon anda agar pihak mereka dapat mengubungi anda.
Eh, mudah pulak ye! Memang mudah kalau dah biasa. Jadi, bolehlah gunakan tips yang dikongsikan ini.
Kalau nak internship, anda juga digalakkan untuk menghantar Cover Letter bersama permohonan internship dan anda boleh dapatkan contohnya disini.
Dah tahu tu, share la dengan rakan-rakan yang lain.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.