Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Walaupun Resume Agak Ralat, Tetapi Cover Letter Ini Memang Terbaik! Boleh Download & Jadikan Contoh

2,433

Belum lagi tengok resume, cover letter yang dihantar oleh student Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini benar-benar menarik perhatian CEO ini.

Menurut Ir Meor Shamshir, pelajar UTP tidak pernah mengecewakan beliau semasa membuat permohonan untuk latihan atau pun bekerja.

Kalau anda berminat nak tahu apakah isi kandungan cover letter tersebut sehingga menarik perhatian Ir Meor Shamshir anda boleh dapatkan disini sahaja! Boleh download dan jadikan ia sebagai rujukan anda nanti.

CONTOH COVER LETTER STUDENT UTP

Mungkin anda dah rasa tak sabar dah nak baca cover letter dari student UTP ini kan?

Isi kandungan cover letter daripada pelajar tersebut adalah seperti berikut:

Walaupun Resume Agak Ralat, Tetapi Cover Letter Ini Memang Terbaik! Boleh Download & Jadikan Contoh

Kelebihan cover letter yang ditonjolkan seterusnya menarik perhatian CEO ini ialah:

  • Kematangan mempersembahkan ayat-ayat permohonan melalui emel atau surat.
  • Meyakinkan HR atau bakal majikan yang membacanya.
  • Nampak profesional
  • Susunan ayat yang betul

Malah, menurut CEO ini juga,

“Daripada pengalaman, apabila mereka ini diambil sebagai pembantu, dalam banyak keadaan, mereka akan menjadi pembantu yang bijaksana”

Ir Meor Shamshir

Cuma beliau agak ralat kerana resume yang dihantar dalam bentuk PDF menjadi 3 muka surat kerana mungkin kesilapan ketika save dari Word ke PDF.

Jadi, adakah anda mendapat sesuatu pengajaran disini? Cover letter juga memainkan peranan yang sangat penting disini ya!

Teruja dengan cover letter yang diterima, Ir Meor Shamshir terus memberikan respons seperti berikut:

Walaupun Resume Agak Ralat, Tetapi Cover Letter Ini Memang Terbaik! Boleh Download & Jadikan Contoh

Walaupun anda nak mohon untuk internship sekalipun, sila hasilkan cover letter yang terbaik agar menarik perhatian bakal majikan anda. Tak rugi pun, malah ia membuatkan bakal majikan anda memberi recommendation yang baik jika anda ingin bekerja ditempat yang lain.

CONTOH AYAT FOLLOW UP PERMOHONAN INTERNSHIP

Anda juga boleh mendapatkan beberapa ayat follow up permohonan internship dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti berikut:

Contoh Ayat Follow Up Permohonan Internship Bahasa Melayu

Salam sejahtera Puan.

Minggu lepas bertarikh 14 Oktober 2021, saya ada membuat permohonan penempatan latihan industri di syarikat Puan melalui emel.

Jadi, disini saya ingin bertanya mengenai status permohonan penempatan latihan industri saya di syarikat Puan sama ada telah diterima atau tidak untuk membuat persiapan.

Untuk pengetahuan pihak Puan, saya sangat bersemangat untuk menimba pengalaman serta ilmu baharu sekiranya diterima untuk menyertai syarikat ini.

Sekiranya Puan memerlukan maklumat lanjut berkaitan permohonan penempatan latihan industri, Puan boleh menghubungi saya melalui emel ini: [email protected] atau melalui panggilan telefon dan Whatsapp di nombor berikut: +6019-87654321

Yang benar,
Rahman bin Adam

Contoh Ayat Follow Up Permohonan Internship Bahasa Inggeris

Dear Madam Aini.

Last week, dated 14 October 2021, I applied for an industrial training placement at Madam’s company via email.

So, here I would like to ask about the status of my industrial training placement application in Mrs. company whether it has been accepted or not to make preparations.

To your knowledge, I am very eager to gain new experience and knowledge if accepted to join this company.

If you need more information regarding the application for industrial training placement, you can contact me via this email: [email protected] or via phone call and Whatsapp at the following number: +6019-87654321

Sincerly,
Rahman bin Adam

Baca juga: 5 Contoh Email Mohon Kerja MySTEP Yang Sesuai Untuk Dihantar Ke Mana-mana Kementerian & Jabatan

Sebenarnya mudah sahaja untuk tarik perhatian majikan untuk ambil anda internship dan bekerja di syarikatnya.

Sediakan cover letter dan resume yang paling terbaik dari anda, sediakan resume mengikut jawatan yang dipohon dengan profesional.

Nak jadikan resume anda sangat bernilai dimata HR dan majikan? Ikuti tips yang dikongsikan ini ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...