Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Telefon Sahaja. Semak Syarat Permohonan Disini

Jabatan Pendaftaran Negara telah membuka permohonan gantian MyKad melalui perkhidmatan talian telefon atau MyPhone-In kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ini dengan segera.

Sebelum ini juga, Jabatan Pendaftaran Negara telah menyatakan bahawa terdapat beberapa urusan yang berkaitan akan dilakukan secara online seperti:

  • Daftar nikah (untuk orang bukan Islam)
  • Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berusia 12 tahun
  • Permohonan sijil lahir / Pengambilan sijil kelahiran
  • Pendaftaran kematian (Bakal dibangunkan)

Rujuk: Mudah Sangat Daftar Nikah, MyKad & Sijil Lahir Online. Bakal Dilaksanakan Secara Online

SYARAT PEMOHONAN GANTIAN MYKAD MELALUI MYPHONE-IN

Sebelum anda membuat permohonan gantian MyKad melalui talian telefon atau MyPhone-In, semak dahulu syarat permohonan seperti berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia sahaja.
  • Permohonan untuk gantian MyKad biasa atau cip/kad rosak.
  • Bayaran permohonan sebanyak RM10 semasa anda mengambil kad yang telah siap.
  • Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja.
  • Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja.
  • Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar tidak dibenarkan.
  • Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN GANTIAN MYKAD MELALUI PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON MYPHONE-IN

Untuk membuat permohonan gantian MyKad melalui MyPhone-In, anda hanya perlu:

  • Buat panggilan ke nombor berikut: 03-8880 8066
  • Seterusnya nyatakan perkhidmatan yang anda inginkan
  • Ikuti arahan operator yang bertugas.
  • Permohonan anda selesai.

WAKTU OPERASI MYPHONE-IN

Waktu operasi bagi perkhidmatan gantian MyKad melalui MyPhone-In ialah:

  • 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat)

Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Telefon Sahaja. Semak Syarat Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara ganti MyKad rosak dan berkaitan perkhidmatan MyPhone-In, sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.