Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mudah Sangat Daftar Nikah, MyKad & Sijil Lahir Online. Bakal Dilaksanakan Secara Online

5,465

Apa? Sudah boleh daftar nikah, MyKad dan sijil lahir secara online? Mudahnya urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara apabila tiga perkara ini boleh dilakukan secara online sahaja.

Kebetulan pula dengan berlakunya pandemik covid-19 dan diarahkan untuk tinggal dirumah dan sesetengah kawasan dikenakan arahan PKPB dan PKPd pastinya menarik nafas lega jika segala urursan berkaitan JPN boleh dilakukan secara online sahaja.

Jadi, tidak perlu lagi keluar rumah untuk siapkan urusan-urusan ini.

Tetapi bilakah pendaftaran secara online ini akan dilaksanakan? Buat masa ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berkaitan pendaftaran online bagi ketiga urusan diatas.

URUSAN SECARA ONLINE

Seperti yang dinyatakan, urusan yang boleh dilakukan secara online ialah :

  • Daftar nikah (untuk orang bukan Islam)
  • Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berusia 12 tahun
  • Permohonan sijil lahir / Pengambilan sijil kelahiran
  • Pendaftaran kematian (Bakal dibangunkan)
Nota : Setelah kematian dilaporkan kepada polis, secara automatik akan tercatat dalam catatan JPN melalui program integrasi atas talian dengan pihak Polis.

KUTIPAN PERMOHONAN

Namun, anda masih lagi perlu hadir ke Pejabat Pendaftaran Negara setelah permohonan dokumen siap diproses untuk membuat kutipan.

PENGUATKUASAAN KEMUDAHAN ATAS TALIAN

Ramai berharap agar permohonan dokumen atas talian ini dapat direalisasikan dengan segera dan memudahkan rakyat untuk berurusan secara online sahaja.

Menurut Pengarah Urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh, “Sejajar dengan kemajuan teknologi, JPN juga mengambil langkah ke hadapan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.”

Nota : Sebarang maklumat lanjut mengenai urusan pendaftaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Daftar Nikah, MyKad & Sijil Lahir secara online, anda boleh terus hubungi JPN di laman web rasmi JPN atau terus ke kaunter JPN yang berdekatan dengan anda.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...