Rindu Roti John? Kini anda tidak perlu susah hati lagi jika rindukan Roti John pasar malam. Resepi yang dikongsikan ini jauh lebih sedap daripada Roti John pasar malam.
Jom cuba sekarang.
Resepi Roti John Homemade
Sebelum kita buat Roti John paling sedap ini, kita sediakan dahulu bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Bawang holland
- Bawang putih
- 3-4 sudu besar rempah kari
- Daging ayam hancur
- Garam
- Lada sulah
- Roti
- Mentega
- Telur
- Sayur kobis / timun
- Sos cili
- Mayonis
- Cheezy Sos
- Sos black paper
Cara Penyediaan
Anda boleh ikut cara penyediaan seperti didalam gambar.
Tumis bawang holland dan bawang putih.
Masukkan rempah kari daging.
Masukkn daging ayam hancur atau sosej yang siap di basuh.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Belah dua roti tetapi jangan sampai putus. Sapukan mentega.
Panaskan sekejap diatas kuali.
Campurkan bahan yang siap ditumis tadi dengan telur. Kemudian tuangkan ke dalam kuali bersamaan kuantiti roti.
Letakkan roti.
Tabur sayur kobis atau timun. Letakkan sos cili, mayonis, cheezy sos dan sos black paper.
Siap untuk dihidang dan dimakan.
Kalau begini mudah dan sedapnya Roti John Homemade, selepas ini tak perlu lagi beratur panjang untuk menikmati Roti John paling sedap di pasar malam.
Selamat mencuba.
Sumber : Ummu Abdul
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.