Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional, Sila Buat Semakan Kriteria Kelayakan Penerima Dahulu
Pengenalan
Isi Kandungan
Bantuan secara one-off kepada beberapa penerima yang layak melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada 27 Mac 2020 yang lalu.
YAB Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa peruntukan sebanyak RM250 billion dikeluarkan untuk membantu rakyat serta perniagaan yang terjejas AKIBAT Covid-19 dan digunakan untuk membendung penularan penyakit Covid-19 yang melanda negara kini.
Selaras dengan pengumuman ini, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memberikan garis panduan cara untuk memohon bantuan ini.
Kriteria Kelayakan
Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan untuk permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN):
Terdapat dua fasa pembayaran iaitu pada:
- Akhir April 2020
- Mei 2020
Definisi B40,M40 dan T20
Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang B40,M40 dan T20 berkumandang di kaca televisyen dan radio. Sudah pasti ada yang yang ingin tahu apakah maksud disebalik perkataan yang sering didengari dan apakah perbezaan di antaranya.
- B40
Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan terendah 40%
- M40
Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan pertengahan 40%
- T20
Pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan tertinggi 20%
Peratusan ini diperolehi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui hasil kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) dan dilakukan sebanyak 2 kali bagi setiap 5 tahun.
Pautan untuk permohonan
Untuk memohon bantuan ini, terutama bagi permohonan baru dan tidak pernah mendaftar BSH, anda perlu memohon secara online sahaja mulai 1 April 2020 melalui laman web rasmi LHDN: http://www.hasil.gov.my/
Cara dan Kaedah Pembayaran mengikut Kategori
Cara pembayaran bagi golongan B40 adalah seperti berikut:
- Sudah ada maklumat akaun: Bayaran secara kredit ke akaun
- Status bayaran gagal kredit: Bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional
- Tidak mempunyai akaun : Bayaran secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Cara pembayaran bagi golongan M40 adalah seperti berikut:
- Bayaran melalui akaun bank yang diisi di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) (terkini).
- Bayaran dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
- Semasa mengemukakan BNCP, jika taksiran bersama telah dipilih bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Semakan
Semakan boleh dibuat pada 1 April 2020 melalui laman web berikut :
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) : http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH) : https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) : https://www.treasury.gov.my
Sebarang persoalan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan maklumat lanjut berkaitan permohonan BPN ini, Kementerian Kewangan atau LHDN juga boleh dihubungi melalui saluran berikut :
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
EMEL: [email protected] atau [email protected]
TELEGRAM: PRE PRIHATIN
FACEBOOK: Kementerian Kewangan Malaysia
LHDN
Telefon: 1-800 882 747, 03-8911 1000