Berikut dikongsikan maklumat terkini Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN 2018 juga semakan penempatan pelatihan dan proses permohonan kemasukan pelatih sukarela.
Maklumat ini adalah sahih dan dikemaskini pada 17 November 2017.
Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara
Isi Kandungan
PLKN mula dilaksanakan pada 16 Februari 2004 selepas idea untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ dicetus di dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002.
Peserta kongres mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan program ‘Kerahan Tenaga’ untuk menyediakan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara termasuk menangani perubahan-perubahan teknologi baru, globalisasi, desakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang ‘tidak demokratik’ dan lain-lain.
Antara objektif utama PLKN adalah:
- Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
- Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
- Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
- Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
PLKN dilaksanakan secara 2 fasa iaitu:
Fasa 1
- Dilaksanakan selama 8 minggu di dalam kem.
- Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
- 8 modul iaitu Fit 4 Life, Tech & Talk, iUpgrade, Service Learning, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, Kerohanian dan MyFuture.
- Latihan dilaksanakan di dalam kelas dan luar kelas.
Fasa 2:
- Kerjasama strategik dengan 10 kementerian untuk menyediakan tempat di 400 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) kepada pelatih yang telah menamatkan latihan Fasa 1.
- Pelajaran lebih kepada kemahiran teknikal.
- Jangkamasa latihan selama 3 hingga 36 bulan bergantung kepada kursus yang dipilih.
- Menyediakan kursus peringkat Sijil dan Diploma yang diiktiraf.
Pakaian & Kelangkapan Yang Perlu Dibawah
Berikut antara senarai pakaian dan kelengkapan yang perlu dibawa pelatih untuk menghadiri program PLKN 2018, antaranya:
- Pakaian untuk kegunaan selepas kelas, waktu malam dan untuk hujung minggu termasuk pakaian dalam yang bersesuaian (untuk acara senaman/sukan/riadah), pakaian mandi, pakaian tidur, pakaian untuk sembahyang dan sebagainya.
- Semua pelatih dikehendaki membawa kasut sukan, track suit gelap (2 helai), t-shirt sukan berkolar berwarna putih (2 helai), stokin putih (2 pasang) dan sehelai tuala mandi.
- Semua pelatih digalakkan membawa pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing untuk persediaan acara persembahan kebudayaan di kem.
- Keperluan kelengkapan kemasan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut dan sebagainya.
- Keperluan mencuci pakaian seperti sabun/serbuk pencuci, berus,penyangkut baju dan sebagainya (digalakkan membawa timba/baldi kerana peralatan ini tidak disediakan).
- Peralatan selain daripada yang dinyatakan di atas seperti: penyapu tidak perlu dibawa.
- Hanya 1 beg pakaian dan 1 beg sandang sahaja dibenarkan.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menyediakan pakaian dan peralatan seperti berikut:
- Pakaian celoreng
- Pakaian sukan
- Pakaian kelas
- Peralatan seperti tudung, tuala mandi, berus kasut
Borang Pendaftaran Pelatih PLKN
Pelatih perlu melengkapkan borang pendaftaran PLKN dan menyerahkan borang tersebut kepada urusetia di Kem Latihan PLKN pada hari pertama pendaftaran.
Antara borang yang perlu diisi pelatih adalah:
- Borang Pendaftaran Pelatih
- Borang Kebenaran Ibubapa / Penjaga
- Borang Perakuan Kesihatan Kemasukan Ke PLKN
Baca juga: Permohonan SBP 2018
Permohonan Pelatih Sukarela
Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak sebagai pelatih sukarela, berikut adalah maklumat permohonan pelatih sukarela PLKN 2018.
- Penyertaan pelatih sukarela adalah untuk remaja berumur 18 tahun sehingga 21 tahun sahaja.
- Pemilihan pelatih sukarela tertakluk kepada dasar JLKN.
- Penempatan kem dibuat oleh JLKN dan bergantung kepada kekosongan kem.
- Pelatih sukarela akan menikmati segala kemudahan dalam kem.
- Kelulusan penyertaan tertakluk kepada keputusan JLKN dan akan dimaklumkan melalui Notis Pemberitahuan Pelatih.
- Pengangkutan pergi dan balik ke kem bagi pelatih yang terpilih disediakan oleh pihak Jabatan.
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Kemasukan Sukarela PLKN yang boleh dimuat turun di Laman Web rasmi www.khidmatnegara.gov.my atau membuat permohonan secara online.
- Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui kaedah:-
a) Pos ke alamat: Unit Sukarela, Bahagian Pengurusan Pelatih,
Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Kementerian Pertahanan Malaysia,
Aras 2, Bangunan Zetro, Jalan 9/27C,
Seksyen 5, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur ; atau
b) Emel di alamat [email protected] ; atau
c) Faks di talian 03-4207 4333 / 4224
Semakan PLKN 2018
Untuk pelatih yang sudah mengemukakan permohonan, anda boleh membuat semakan penempatan pelatih secara online atau SMS.
Untuk semakan penempatan pelatih secara online, sila layari http://www.khidmatnegara.gov.my/ispkn/index.php/pelatihOnlineServices/statusPenempatanPelatih
Semakan melalui SMS:
Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
* Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20
Atau hubungi hotlink PLKN di nombor berikut:
No. Tel. Call Centre 03-40274747
(Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Semoga perkongsian ini membantu ibu bapa dan pelatih PLKN 2018.