Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan SBP 2018: FAQ Proses Pengambilan Murid Tingkatan 1 & 4

0 2,664

Bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak ke Sekolah Berasrama Penuh, berikut dikongsikan soalan lazim permohonan SBP 2018 serta proses pengambilan murid tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Untuk makluman, permohonan SBP tingkatan 4 2018 baru sahaja dibuka 13 November lepas.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my/.

Permohonan SBP 2018: Soalan Lazim

SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja.

Permohonan terbuka kepada:

  • Murid Tahun Enam 2017 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
  • Murid Tingkatan Tiga 2017 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.

Permohonan ke Tingkatan 1 dibuka dari 16 Oktober hingga 19 November 2017.

Permohonan ke Tingkatan 4 dibuka dari 13 November hingga 24 Disember 2017.

Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan.

Syarat Pengambilan Murid ke SBP

Syarat Permohonan Murid Tingkatan 1 SBP:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Syarat Permohonan Murid Tingkatan 4 SBP:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurangkurangnya
  • Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) bagi ambilan tahun 2018.

Ianya adalah ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP 2018.

Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.

Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang. Tarikh ujian adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017.

Baca juga: Semakan Online Saman Polis

Semakan Keputusan Permohonan SBP

  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewatlewatnya 29 Disember 2017.
  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewatlewatnya 19 Januari 2018

Murid yang tidak membuat permohonan secara online dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.

Namun masih boleh membuat permohonan rayuan melalui portal e-Rayuan apabila ianya dibuka  pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.

Semakan keputusan SBP boleh dibuat melalui:

  • Laman sesawang KPM; www.moe.gov.my
  • Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM
  • Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
  • Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
  • Makluman melalui SMS

Perlu diingatkan tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.

Setiap calon akan menerima hanya satu tawaran permohonan sahaja sama ada dari SBP atau MRSM.

Aliran Matapelajaran Tingkatan 4 SBP

Terdapat lima (5) aliran matapelajaran bagi permohonan tingkatan 4 SBP, antaranya:

Aliran Sains Tulen

  • BM
  • BI
  • Sejarah
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Aliran Sains Tulen Agama

  • BM
  • BI
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Pend. Al-Quran & Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi

Aliran Agama Ikhtisas

  • BM
  • BI
  • B. Arab
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Pend. Al-Quran & Sunnah
  • Pend. Syariah Islamiah
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

Aliran Sains Teknikal

  • BM
  • BI
  • Sejarah
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Teknologi Kejuruteraan

Aliran Sains Sosial

  • BM
  • BI
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Pend. Islam / Pend. Moral
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas

Permohonan SBP 2018 boleh dibuat di sini https://sst4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...