Program Perantisan Pengekalan Pekerjaan & Insentif Penggajian PEMERKASA. Insentif Sehingga RM800 Selama 6 Bulan

Untuk menggalakkan golongan belia mempunyai pekerjaan pada masa kini, PERKESO telah menyediakan satu program yang dinamakan Program Perantisan PERKESO  dan ianya khas untuk golongan belia Malaysia.

Program Perantisan PERKESO belia ini dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rkayat dan Ekonomi (PEMERKASA). Program ini telah ditambah baik dari sudut tempoh insentif daripada 3 bulan kepada 6 bulan.

Baca juga: RM1,200 Gaji & Pelbagai Elaun Ikuti Program Perantisan PenjanaKerjaya Januari 2021

PERBEZAAN TEMPOH PENJANA KERJAYA 2.0 & PROGRAM PERANTISAN PEMERKASA

Antara perbezaan tempoh PENJANAKERJAYA 2.0 & PEMERKASA ialah:

  • PENJANAKERJAYA 2.0: 3 Bulan
  • PEMERKASA: 6 Bulan

JUMLAH INSENTIF PROGRAM PERANTISAN PEMERKASA

Jumlah insentif bagi Program Perantisan PEMERKASA adalah sebanyak:

  • RM800 sehingga tempoh 6 bulan.
  • RM1,000 bagi bulan 1 hingga bulan ke 3 dan RM600 bagi bulan ke 4 hingga bulan ke 6 untuk lanjutan PEMERKASA bagi pemohon sedia ada.

JENIS PROGRAM PERANTISAN & TARIKH PERMOHONAN

PROGRAM TEMPOH JUMLAH INSENTIF TARIKH PERMOHONAN
Program Perantisan Asal
(PenjanaKerjaya 2.0)
3 bulan RM1,000
Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru) 6 bulan RM800 1 April 2021
Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal) 3 bulan + 3 bulan lanjutan RM1,000 untuk 3 bulan pertama

&

RM600 untuk 3 bulan lanjutan

15 April 2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup untuk permohonan Program Perantisan PERKESO PEMERKASA ialah:

  • 30 Jun 2021

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA

Syarat permohonan untuk Program Perantisan PERKESO PEMERKASA adalah seperti berikut:

MAJIKAN

  • Pekerja yang digajikan mestilah seorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur antara 18 hingga 30 tahun.
  • Mana-mana perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan boleh digajikan oleh majikan.

PERANTIS

  • Calon adalah dari kalangan lepasan sekolah.
  • Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap.

CARA MEMOHON PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA

Terdapat 3 langkah untuk memohon Program Perantisan PERKESO PEMERKASA ialah:

Langkah 1

Program Perantisan Pengekalan Pekerjaan & Insentif Penggajian PEMERKASA. Insentif Sehingga RM800 Selama 6 Bulan

Langkah 2

  • Ambil perantis menerusi MyFutureJobs dan daftar maklumat mereka di ASSIST PERKESO.

Langkah 3

Program Perantisan Pengekalan Pekerjaan & Insentif Penggajian PEMERKASA. Insentif Sehingga RM800 Selama 6 Bulan

Program Perantisan Pengekalan Pekerjaan & Insentif Penggajian PEMERKASA. Insentif Sehingga RM800 Selama 6 Bulan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut mengenai Program Perantisan PERKESO PEMERKASA di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.