Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM1,200 Gaji & Pelbagai Elaun Ikuti Program Perantisan PenjanaKerjaya Januari 2021

3,085
Jika anda masih lagi mencari pekerjaan sehingga hari ini, jangan lepaskan peluang yang ditawarkan ini dan anda boleh memohonnya mulai 1 Januari 2021 dan anda bakal menerima gaji sebanyak RM1,200 serta pelbagai lagi elaun yang boleh dimanfaatkan oleh anda.

Anda juga boleh tingkatkan kemahiran anda sebelum memasuki dunia pekerjaan dan dapatkan cara memohon serta semak kelayakan anda melalui perkongsian ini sahaja.

Anda tinggal di Wilayah Persekutuan dan perlukan pekerjaan? Jom mohon kerja melalui Skim MyJob@WilayahPrihatin disini sahaja.

OBJEKTIF PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA

Untuk pengetahuan anda juga program ini berada di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) untuk berikan pengalaman kepada peserta untuk bekerja dalam tempoh jangka paendek secara sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada belia.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-job-training (OJT) bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka masing-masing.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA

Tarikh untuk permohonan Program Perantisan PenjanaKerjaya ialah:

  • 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA

Anda layak untuk menyertai Program Perantisan PenjanaKerjaya sekiranya mempunyai kelayakan berikut:

  • Lepasan sekolah / graduan berumur 18 hingga 30 tahun.
  • Calon masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar si mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun.

Tetapi anda tidak layak untuk menyertai Program Perantisan PenjanaKerjaya jika:

  • Pelajar menjalani Latihan Industri (Internship)
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara Malaysia.

INSENTIF PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA

Rugi jika tidak menyertai Program Perantisan PenjanaKerjaya kerana anda bakal menikmati insentif seperti:

  • Majikan akan menerima bayaran sebanyak RM1,000 sekiranya mengambil pekerja lepasan sekolah dan graduan bagi program ini.
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan.
  • Gaji / elaun sebanyak RM1,200 sebulan (Minimum).
  • Majikan boleh memohon HANYA 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum sebanyak RM4,000.
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja / bantuan.

SYARAT TAMBAHAN PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA

Terdapat beberapa syarat tambahan untuk mengikuti Pogram Perantisan PenjanaKerjaya ini iaitu:

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di Portal MyFutureJobs.
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanaKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai pekerja tetap.

RM1,200 Gaji & Pelbagai Elaun Ikuti Program Perantisan PenjanaKerjaya Januari 2021

Anda yang hilang pekerjaan juga boleh membuat tuntutan faedah insuran pekerjaan sehingga 80% gaji bulanan. Dapatkan cara membuat tuntutan seperti pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi PERKESO di saluran berikut:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...