Bilakah masuk waktu berpuasa yang tepat? Adakah ianya setelah masuk waktu imsak atau sebelum waktu subuh? Pastinya ia menjadi satu persoalan buat kita semua dan ianya agak mengelirukan.
Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan waktu mula berpuasa berdasarkan dalil serta nas yang sahih dan ianya akan dikupaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.
Mari dapatkan penjelasan waktu mula berpuasa seperti yang dikongsikan ini.
AKHIRKAN SAHUR
Isi Kandungan
Apakah kaitan waktu mula berpuasa dengan mengakhirkan sahur anda?
Mengakhirkan di sini bermakna melewatkan proses bersahur tersebut. Seperti yang kita maklum, di Malaysia, masuknya waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.
Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)
(Al-Baqarah: 187)
Terdapat beberapa hadis yang lain menceritakan tentang sifat sahur Nabi SAW serta arahan Baginda ketika bersahur, antaranya:
Maksudnya: Kami telah bersahur bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat (solat sunat). Aku telah berkata (iaitu Anas bin Malik RA bertanyakan kepada Zaid bin Thabit RA): “Berapakah kiranya (masa) di antara azan dan sahur itu?”. Jawab Zaid bin Thabit RA: “Sekadar bacaan 50 ayat (al-Quran)”.
Riwayat Al-Bukhari (1921) & Al-Tirmizi (703)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan kadar bacaan 50 ayat tersebut adalah kadar bacaan sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu lambat. Begitu juga dengan kadar panjang ayat yang sederhana. Tidaklah ayat yang penjang, tidak juga ayat yang terlalu pendek.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ menyebutkan:
Dalam hadis yang lain pula iaitu hadis daripada Ibn ‘Umar dan ‘Aisyah R.A yang mana Rasulullah SAW bersabda seperti dalil berikut:
Maksudnya: “Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Umm Maktum”.
Riwayat al-Bukhari (620)
WAKTU MULA BERPUASA
Berdasarkan dalil dan nas di atas, waktu imsak bukan waktu bermulanya puasa dan anda boleh makan dan minum dalam tempoh tersebut.
Anda hanya perlu berhenti makan dengan serta merta sekiranya telah kedengaran azan subuh. Dan itulah waktunya bermula puasa anda.
Waktu imsak yang selama 10 minit itu ada asasnya sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu.
Jadi, dicadangkan agar sahur itu diselesaikan sebelum masuknya waktu iaitu sebelum azan agar tidak timbul syubhah (keraguan).
Baca juga: Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.