Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Pesan, Ikuti Tips Pemanduan Di Jalan Raya Balik Kampung Nanti
Memang seronok sangat apabila boleh merentas negeri kerana masing-masing dah boleh balik ke kampung dan melancong ke mana sahaja.
Tetapi jangan lupa untuk amalkan 6 langkah keselamatan sebelum meinggalkan rumah seperti mana yang telah dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagi anda yang menggunakan kenderaan sendiri pula boleh amalkan tips pemanduan di jalan raya mengikut pesanan khidmat masyarakat daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Isi Kandungan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan membuat pemantauan pergerakan kenderaan dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan kelancaran perjalanan semua rakyat Malaysia sehubungan pengumuman rentas negeri.
Agar keselamatan rakyat Malaysia terjamin sepanjang perjalanan dan selamat tiba ke kampung halaman masing-masing, JSPT menasihatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya agar memandu dengan lebih berhemah dan berdisiplin.
Seterusnya, ikuti tips keselamatan yang dikongsikan ini sebagai panduan dan semoga kita semua selamat ke destinasi masing-masing.
6 TIPS PEMANDUAN DI JALAN RAYA
Masing-masing ingin sampai ke destinasi dengan selamat agar dapat bertemu dengan ahli keluarga yang telah lama tidak berjumpa akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya.
Sepanjang perjalanan anda, pastikan anda ikuti 6 tips pemanduan di jalan raya seperti mana yang dikongsikan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini.
6 tips pemanduan di jalan raya tersebut ialah:
1. RANCANG
- Rancang perjalanan anda dengan sebaiknya. Apa yang perlu dirancang? Tetapkan tarikh, hari dan masa yang betul untuk melakukan pergerakan anda agar tidak terburu-buru untuk sampai ke destinasi anda.
2. REHAT
- Pastikan anda semua terutamanya yang akan memandu mendapat rehat dan tidur yang secukup.
- Ia mengelakkan pemandu daripada tertidur semasa memandu sekiranya perjalanan yang akan dilakukan adalah jarak jauh.
3. PERIKSA KENDERAAN
- Buat pemeriksaan kenderaan anda 2 hingga 3 hari sebelum memulakan perjalanan.
- Ia mengelakkan daripada anda sekeluarga menghadapi kerosakan kenderaan yang tidak diingini ketika berada di perjalanan.
4. TOLAK AWAL
- Selain daripada rancang perjalanan, pastikan anda bertolak dengan lebih awal untuk perjalanan yang jauh jaraknya.
- Pelbagai kemungkinan boleh berlaku disepanjang perjalanan dan anda boleh sampai dengan lebih awal seterusnya boleh berehat selepas melakukan perjalanan yang jauh.
- Malah, anda boleh berehat seketika di mana-mana R&R PLUS dan meneruskan perjalanan anda.
5. JARAK
- Penting disini untuk menjaga jarak kenderaan masing-masing dengan jarak yang selamat.
- Terdapat 4 peraturan jarak kenderaan semasa memandu iaitu:
a) Peraturan 2 saat (Memandu dibelakang kenderaan)
b) Peraturan 4 saat (Memandu ketika hujan)
c) Peraturan 3 saat (Mengekori motorsikal)
d) Peraturan 12 saat(Mengekori kenderaan-kenderaan yang panjang seperti bas, lori dan treler)
Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Jangan lupa, ikuti SOP yang ditetapkan untuk mengekang penularan Covid-19 dan Kita Jaga Kita!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.