Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dah Boleh Melancong Kan? Amalkan TRIIS Ketika Melancong Nanti Ya!

1,826

Mulai 11 Oktober 2021 ini, semua rakyat Malaysia sudah boleh membuat pergerakan merentas negeri dan negara tanpa perlu membuat permohonan dengan PDRM.

Malah, anda juga melancong ke pusat peranginan diseluruh negara dengan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Oleh itu, ingat TRIIS jika anda nak melancong nanti ya! Jaga kesihatan kita dan orang sekeliling walaupun ketika sedang melancong.

SYARAT KEBENARAN AKTIVITI PELANCONGAN

Ya! Mulai 11 Oktober 2021 ini aktiviti pelancongan di seluruh negara juga dibenarakan dengan syarat-syarat yang tertentu seperti:

  • Individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi.
  • Anak-anak dibawah umur boleh turut serta melancong bersama-sama ibubapa/penjaga masing-masing yang telah lengkap divaksinasi.
  • Pengunjung yang ingin melakukan aktiviti pelancongan adalah digalakkan menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan.
  • Patuhi SOP yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh MKN, KKM dan Kementerian /Agensi yang berkaitan.

AMALAN TRISS

Bagi anda yang ingin melancong, sila ambil tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu:

TEST

  • Melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan.

REPORT

  • Laporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera.

ISOLATE

  • Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekilling.

INFORM

  • Segera maklumkan kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada CAC berhampiran  sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah.

SEEK

  • Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat.

CARA CETAK SIJIL VAKSIN MYSEJAHTERA

Menurut Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, orang ramai sudah boleh membuat cetakan Sijil Vaksin dari MySejahtera atau eksport ke dalam bentuk PDF untuk memudahkan urusan rentas negeri/negara.

Hanya 5 cara sahaja untuk mencetak Sijil Vaksin MySejahtera dalam bentuk PDF seperti berikut:

  • Buka aplikasi MySejahtera anda
  • Pergi ke bahagian Profile
  • Lihat dibahagian bawah Sijil Vaksin MySejahtera anda
  • Klik pada butang Generate
  • Seterusnya klik Download untuk cetak Sijil Vaksin MySejahtera

Untuk selanjutnya, sila rujuk: Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...