Tahukah anda sebelum memasuki IPTA anda boleh memohon WPP atau Wang Pendahuluan Pinjaman sebanyak RM1,500 bagi persediakan memasuki IPTA dan Politeknik.
Pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam sijil politeknik tidak layak mendapat WPP.
Semakan kelayakan terima wang pendahuluan pembiayaan ini boleh dibuat di portal rasmi PTPTN.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting tentang proses dan syarat kelayakan untuk memohon.
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
Isi Kandungan
Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.
Syarat Kelayakan
Pelajar perlu mematuhi syarat kelayakan di bawah sebelum memohon Wang Pendahuluan Pinjaman ini, antaranya:
- Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
- Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
- Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);
- Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
- Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.
WPP hanya diberikan kepada pelajar yang penjaga atau dirinya sendiri adalah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja.
WPP sebanyak RM1,500 merupakan sebahagian daripada pinjaman pendidikan yang diberikan lebih awal sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT.
Pemotongan sebanyak RM500.00 dari jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik selama tiga semester ke hadapan sebaik sahaja pelajar menerima pinjaman.
Sekiranya anda menolak tawaran ke IPT, WPP tidak perlu ditunaikan.
Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, anda dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tamat waran.
Ta’wid sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 7 dari tamat waran.
Rujukan PTPTN
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.