Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PT3 2017: Panduan Semakan Keputusan Secara Online & SMS

0 3,776

Semakan keputusan PT3 2017 boleh dibuat secara online atau SMS.

Untuk makluman, seramai 425,251 calon menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 9 hingga 12 Oktober 2017 yang lalu.

Selain itu calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2017 juga boleh mendapatkan keputusan pelaporan sekolah menengah di sekolah masing-masing.

Semakan keputusan PT3 tidak boleh dibuat melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Pelajar dinilai berdasarkan empat jenis penilaian merangkumi:

  • keputusan keseluruhan
  • penghuraian keputusan mata pelajaran
  • laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum
  • laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang

Sementara itu, mana-mana pelajar yang layak boleh memohon memasuki ke Tingkatan Empat di sekolah terpilih, termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Difahamkan, tujuh SBP di seluruh negara menawarkan 945 tempat untuk kemasukan pelajar Tingkatan Empat tahun depan.

SBP berkenaan ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah dan SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; SM Sains Tuanku Munawir dan SM Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan; Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor; SM Sains Muar, Johor dan SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu.

Permohonan kemasukan Tingkatan Empat secara dalam talian ke SBP boleh dibuat menerusi pautan sst4.moe.gov.my dengan tarikh tutup permohonan pada 24 Disember ini.

Sementara itu, 34 MRSM pula menawarkan sebanyak 2,000 tempat untuk kemasukan Tingkatan Empat dengan syarat minimum memperoleh keputusan 6A, 4B bagi pelajar di Semenanjung, dan 5A, 5B untuk Sabah dan Sarawak.

Semakan Keputusan PT3 2017

PT3 mula dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Berikut antara tarikh keputusan PT3 diumumkan bagi tahun sebelum ini.

  1. 2017 : 14 Disember 2017
  2. 2016 : 19 Disember 2016
  3. 2015 : 14 Disember 2015
  4. 2014 : 22 Disember 2014

Daripada jumlah 425,251 pelajar yang menduduki PT3 tahun ini:

  • 394,458 adalah calon sekolah kerajaan
  • 9,034 (calon sekolah agama negeri)
  • 10,949 (calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM)
  • 2,540 (calon sekolah agama rakyat)
  • 1,091 adalah calon sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM
  • 544 (calon persendirian)
  • 65 calon daripada sekolah integriti/asrama akhlak serta tunas bakti

Bagi pelajar PT3 dan UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh mohon ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan Jan 2018.

semakan keputusan pt3 2017

Semak Keputusan PT3 SMS

Sama seperti semakan UPSR, calon boleh membuat semakan keputusan PT3 2017 melalui sistem pesanan ringkas SMS dengan cara

  • Taip PT3 <Jarak> Angka Giliran seterusnya sms ke 15888

Permohonan semak semula keputusan PT3 boleh di buat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing.

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari keputusan dikeluarkan.

Permohonan boleh dibuat di sekolah masing-masing atau di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3 dan 5 – 13, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(U.p.: Ketua Penolong Pengarah Unit UPSR /SPM/STAM)

Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan PT3 ialah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran.

Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

Semak Keputusan PT3 Online

Untuk semakan PT3 online, kami akan kemaskini link semakan sebaik diumumkan KPM.

Kepada calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan. Yang tak berapa cemerlang anda boleh teruskan usaha untuk peperiksaan SPM akan datang.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...