Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

UPSR 2017: Panduan Semakan Online & SMS Bermula 23 November

0 2,133

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan keputusan UPSR 2017 akan diumumkan bermula hari Khamis, 23 November 2017.

Semakan UPSR boleh dibuat secara online atau SMS bermula jam 10 pagi 23 November sehingga jam 6 petang 29 November.

Untuk makluman ibu bapa, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa.

Senarai Matapelajaran UPSR 2017

Berikut antara senarai matapelajaran yang ditawarkan serta kod kertas mengikut jenis sekolah.

Sekolah Kebangsaan (SK)

  1. Bahasa Melayu Pemahaman (011)
  2. Bahasa Melayu Penulisan (012)
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman (013)
  4. Bahasa Inggeris Penulisan (014)
  5. Matematik (015)
  6. Sains (018)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  1. Bahasa Melayu Pemahaman (021)
  2. Bahasa Melayu Penulisan (022)
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman (023)
  4. Bahasa Inggeris Penulisan (024)
  5. Bahasa Cina Pemahaman (026)
  6. Bahasa Cina Penulisan (027)
  7. Matematik (025)
  8. Sains (026)

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  1. Bahasa Melayu Pemahaman (031)
  2. Bahasa Melayu Penulisan (032)
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman (033)
  4. Bahasa Inggeris Penulisan (034)
  5. Bahasa Tamil Pemahaman (036)
  6. Bahasa Tamil Penulisan (037)
  7. Matematik (035)
  8. Sains (036)

Pada tahun ini seramai 443,794 calon telah mendaftar dan menduduki UPSR 2017 di 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara.

UPSR tahun ini bermula 11 September lalu sehingga 18 September 2017.

borang pengakuan upsr 2017

Bagi calon yang lulus dengan cemerlang, ibu bapa boleh cuba memohon kemasukan ke SBP ambilan Januari 2018.

Semakan UPSR 2017

Semakan UPSR boleh dibuat sama ada melalui SMS atau online.

upsr 2017

Calon boleh membuat semakan melalui SMS dengan cara:

  1. Taip UPSR <jarak> ANGKA GILIRAN
    Contoh: UPSR ZE135683
  2. Hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 23 November sehingga jam 6 petang 29 November.

Seperti biasa caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Bagi yang ingin membuat semakan UPSR secara online, anda boleh layari link berikut:

Semakan Keputusan UPSR Online

Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang yang disediakan kemudian klik “Papar Keputusan”.

Permohonan Semakan Semula UPSR

Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan UPSR 2017, ibu bapa boleh membuat permohonan semakan semula keputusan UPSR dalam masa 30 hari selepas keputusan diumumkan.

Permohonan boleh dibuat di sekolah masing-masing atau di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Anda boleh download borang permohonan semakan semula UPSR 2017 di sini atau di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 – 3 dan 5 – 13, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(U.p.: Ketua Penolong Pengarah Unit UPSR /SPM/STAM)

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

  • satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR (disahkan oleh Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
  • Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
  • dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00.

Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

Kenyataan Media KPM

Berikut adalah kenyataan media seperti yang dipaparkan di portal rasmi KPM.

kenyataan media upsr 2017

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...