Selepas ini anda tidak perlu lagi susah payak menulis alamat penerima yang panjang-panjang di bungkusan kerana terdapat aplikasi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.
Anda hanya perlu memuat turun aplikasi J&T yang ada pada Google PlayStore seterusnya ikuti arahan langkah demi langkah sehingga siap.
Jadi, urusan anda akan lebih mudah dan pantas. Jom dapatkan langkah-langkah menggunakan aplikasi J&T seperti yang dikongsikan ini.
CARA MENGGUNAKAN APLIKASI J&T
Untuk menggunakan aplikasi J&T, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Pilih SINGLE ORDER. Anda boleh copy paste maklumat PEMBELI. Siapkan order dalam status dan ambil nombor order.
- Tulis nama sahaja pada bungkusan.
- Bawa bungkusan anda ke kaunter J&T dan buka semula aplikasi dan minta kerani J&T scan barcode yang telah anda siapkan tadi.
- Lekatkan pada bungkusan anda.
- Screen shot detail untuk dihantar kepada penerima.
- Siap!
Mudah bukan? Jadi selepas ini anda tidak perlu lagi beratur panjang dan manfaatkan teknologi yang memudahkan urusa kita seharian.
Baca juga: Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun JPN, Ini Cara Mohon Secara Online
SUMBER: Mohd Wafi
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.