Seperti sedia maklum, Kerajaan telah mengumumkan bahawa peratus tenaga kerja yang akan bekerja dari rumah (BDR) adalah seperti berikut:
- Swasta: 40%
- Kerajaan: 80%
Namun, jika anda terkesan dengan arahan daripada majikan, anda boleh membuat aduan terus ke aplikasi Working for Workers (WFW) seperti yang akan dikongsikan ini.
INFO RINGKAS BEKERJA DARI RUMAH
Isi Kandungan
Untuk memastikan pergerakan pekerja dapat dikurangkan,kerajaan telah memutuskan 80% penjawat awam yang akan bekerja dari rumah, kerajaan turut memutuskan 40% pekerja di sektor swasta juga akan berbuat demikian.
Berikutan peraturan itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dianggarkan tujuh juta pekerja dari sektor awam dan kerajaan tidak akan ke pejabat atau premis tempat mereka bekerja.
Arahan bekerja dari rumah itu juga, akan dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 25 Mei 2021.
Baca juga: PKP 2.0: Dasar Bekerja Dari Rumah Yang Perlu Pekerja Tahu & Patuhi
MUAT TURUN APLIKASI WORKING FOR WORKERS (WFW)
Sebelum menggunakan aplikasi WFW, anda perlu memuat turun aplikasi ini seperti berikut:
CARA DAFTAR & BUAT ADUAN MELALUI APLIKASI WFW
Sebelum membuat aduan, pastikan:
- Muat turun aplikasi WFW terlebih dahulu
- Kemudian isikan maklumat peribadi dengan lebih lengkap.
- Klik pada NEW COMPLAINT dan buat aduan anda.
- Muat turun dokumen sebagai bukti dan klik OK.
- Aduan yang diterima akan diambil tindakan antara 3 hingga 7 hari.
Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk pekerja membuat aduan sekiranya mereka dianiaya oleh majikan.
Jangan risau, maklumat anda tidak akan didedahkan oleh WFW.
Baca juga: Menteri Sumber Manusia : Majikan Perlu Bayar Gaji Seperti Biasa Kepada Pekerja Bekerja Dari Rumah
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.