Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Martabatkan Seni Negara, Dana Seni Sehingga RM250,000 Melalui ArtsFAS Yayasan Hasanah. Daftar Disini

1,233

Pencinta seni dan budaya negara pastinya ingin mengekalkan juang seni yang sentiasa berkobar dalam negeri dan berharap ianya diwarisi oleh generasi terkini.

Sebagai satu inisiatif untuk mengekalkan seni budaya negara untuk generasi yang akan datang, Yayasan Hasanah mengajak penggiat seni untuk menjadi guru seni melalui Arts for All Seasons/ Seni Sepanjang Musim (ArtsFAS).

Berminat? Semak syarat permohonan disini dan daftar dengan segera seblum tarikh tutup ya!

INFO RINGKAS ARTFAS

ArtsFAS ialah sebuah platform yang bertujuan mengetengahkan warisan seni dan budaya tempatan melalui aktiviti yang dibuka kepada orang ramai.

Dengan menjadikan seni mudah didapati, ArtFAS ingin mendidik generasi muda dan komuniti sekeliling melalui teknologi, perkongsian ilmu dan acara seni di samping pemuliharaan melalui aktiviti.

ArtsFAS diadakan pada suku akhir setiap tahun, di mana ArtFAS bekerjasama dengan pelbagai rakan kolaborasi untuk memberi penghormatan kepada penggiat seni tanah air.

TUJUAN ARTFAS

ArtFAS dianjurkan untuk menyemai dan meningkatkan kesedaran serta rasa cinta akan seni dan budaya dalam kalangan anak muda yang merupakan pewaris budaya negara di masa hadapan.

ArtFAS juga berharap agar program ini dapat membantu merancakkan aktiviti ekonomi dalam sektor seni serta meningkatkan penghargaan terhadap aset budaya negara.

TARIKH HANTAR PERMOHONAN

Anda boleh menghantar permohonan anda sebelum tarikh berikut:

  • 15 Ogos 2021

DANA PROJEK

Dana projek adalah seperti berikut:

  • Berdasarkan keputusan kelulusan pendanaan, Yayasan Hasanah akan mengemukakan Surat Perjanjian yang akan merangkumi kertas kerja pemohon, jadual pelaksanaan, jadual pembayaran dana, petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI), serta butiran yang diperlukan untuk laporan.
  • Pembayaran dana kepada pemohon yang berjaya adalah berdasarkan jadual pembayaran dana tertakluk pada Surat Perjanjian.
  • Jumlah maksimum untuk pendanaan sesebuah projek adalah sehingga RM 250,000.00.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Kelayakan permohonan untuk mengikuti ArtFAS adalah seprti berikut:

May be an image of one or more people and text that says 'Arts ArtsFAS #ArtMatters#ArtCares #ArtMatters #ArtCares фффффooooo Kelayakan Permohonan 1 Pemohon yang layak ialah penggiat seni dalam sebarang bentuk seni, budaya dan warisan Malaysia, mana pemohon hendaklah merupakan sebuah persatuan yang berdaftar bawah Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia. atau syarikaty berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 2 Bentuk kesenian yang layak untuk memohon adalah seni persembahan (tarian, muzik dan teater), tradisi penceritaan dan lisan, seni visual. Aktiviti perlu mempunyai elemen seni tradisional dan boleh dikontemporarikan selari dengan peredaran masa. 3 Aktiviti digalakkan mempunyai elemen pendidikan kepada generasi muda, berkonsepkan 'guru' bersama-sama anak didiknya. Elemen kepelbagaian budaya adalah amat digalakkan. Layari artsfas.yayasanhasanah.org'

PROJEK TERKECUALI

Jenis-jenis projek berikut adalah tidak layak untuk memohon:

  • Inisiatif yang menyokong kempen politik.
  • Inisiatif ke arah tujuan derma kebajikan dan aktiviti menjana keuntungan.
  • Berkaitan dengan aktiviti keagamaaan.
  • Sebarang aktiviti yang tidak berkaitan dengan tujuan ArtsFAS.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Hantarkan kertas cadangan anda melalui emel berikut: [email protected] sebelum 15 Ogos 2021.
  • Kertas cadangan hendaklah menerangkan cadangan aktiviti, tujuan dan objektif aktiviti, belanjawan terperinci serta bagaimana pendanaan ini membantu pemohon untuk mencapai objektif aktiviti.
  • Penerima dana semasa di bawah sebarang program geran Yayasan Hasanah, penajaan atau dana bantuan kemanusiaan yang sedang berlangsung tidak layak untuk memohon.
  • Hanya pemohon yang layak akan dihubungi.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Arts for All Seasons/ Seni Sepanjang Musim (ArtsFAS) di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...